Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Motosikal retro masih rancak dihasilkan, kian diminati di AS

Bilangan pembuat motosikal yang ada ruang di sisinya hanya tinggal segelintir sahaja di merata dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Motosikal retro masih rancak dihasilkan, kian diminati di AS
Diterbitkan : 09 Dec 2017 06:10PM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 06:13PM

RUSIA: Bilangan pembuat motosikal yang ada ruang di sisinya hanya tinggal segelintir sahaja di merata dunia.

Namun syarikat terakhir pembuat "sidecar motorcycle" itu di Rusia masih rancak beroperasi.

Kilang di bandar kecil Irbit di wilayah ural itu ditubuhkan 75 tahun lalu.

Kegiatan penghasilannya kembali rancak kerana motosikal retro tersebut kian diminati di Amerika Syarikat.

Semasa era Soviet Union, kilang itu menghasilkan lebih 50,000 motosikal setiap tahun.

Namun ia menghadapi kesulitan besar akibat permintaan yang menjunam berikutan perpecahan Soviet Union dan kemerosotan ekonomi Rusia.

Bagaimanapun kilang tersebut mendapat nafas baru berikutan minat bertambah terhadap motosikal jenis itu di Amerika Syarikat.

Sejak tahun 1993, kilang itu mula mengeksport motosikalnya ke Amerika.

Ia sudah melakukan beberapa perubahan bagi terus menarik minat para pembeli Amerika.

Kilang itu sekarang menghasilkan lima model motoskal Ural dalam 60 warna.

Kebanyakan barang komponennya diimport dari Eropah dan Asia.

Model-model vintaj menjadi amat popular setelah pelakon terkenal Brad Pitt dilihat menunggang motosikal itu.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan