Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

‘Mohammed’ kian paling popular bagi nama bayi lelaki di Jerman

Nama Mohammed semakin menjadi nama paling popular bagi bayi lelaki di Jerman.

Anggaran Waktu Membaca:
‘Mohammed’ kian paling popular bagi nama bayi lelaki di Jerman

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 29 Jan 2018 03:28PM Dikemas Kini : 31 Jan 2018 11:51PM

JERMAN: Nama Mohammed semakin menjadi nama paling popular bagi bayi lelaki di Jerman.

Sejak Canselor Jerman, Angela Merkel, membuka sempadan negara itu pada tahun 2015, lebih sejuta pendatang asing sudahpun tiba di Jerman, lapor laman Albawaba.

Jumlah pendatang yang kian meningkat menjadi faktor nama Mohammed semakin popular.

Dalam tempoh kurang sedekad, nama Mohammed melonjak naik dari tempat ke-97 ke kedudukan ke-26, menurut laporan Breitbart.

Dalam tempoh tiga tahun lagi, nama Mohammed boleh naik ke kedudukan ke 10 teratas, menurut ketua Persatuan Bahasa Jerman.

Menurut data terkini daripada persatuan itu, statistik tahun 2016 mendedahkan nama Mohammed (atau Muhammad) melonjak dari tempat ke-41 pada 2015 ke kedudukan ke 26 pada tahun seterusnya, lapor Albawaba.

Namun, data tersebut tidak menimbangkan pelbagai ejaan bagi nama yang sama seperti Mohamad, Mohamed, Mehmet dan lain-lain.

Akhbar Austria, Kronen Zeitung, baru-baru ini mengumpulkan data menggunakan nama-nama sama dengan pelbagai ejaan dan mendapati nama Mohammed melonjak lebih tinggi dari tempat kelima secara keseluruhan ke kedudukan ketiga nama paling popular bagi bayi lelaki yang dilahirkan di Vienna, lapor Die Welt.

Statistik bagi nama-nama bayi di Jerman pada tahun 2017 akan dikeluarkan dalam beberapa bulan mendatang, lapor Albawaba.

Nama Muhammed adalah nama paling popular bagi bayi lelaki di London, menurut satu tinjauan Britain pada bulan Mei lalu. Ia juga nama kedua paling popular di Britain.

Di Amerika Syarikat pula, nama Muhammad menduduki tangga ke-352 pada 2016 dari segi populariti, menurut laman Pentadbiran Keselamatan Sosial.

Pada tahun 2016, jumlah kelahiran bayi dengan nama Muhammad adalah 958. Ini mewakili 0.048 peratus daripada keseluruhan kelahiran bayi lelaki pada tahun tersebut.

Jerman akan menghadkan jumlah pendatang yang mahu mendapatkan perlindungan politik kepada sekitar 200,000 setahun di bawah draf perjanjian yang dimeterai awal bulan ini selepas rundingan demi rundingan diadakan.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan