Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Minggu Serumpun Budaya' buka tirai mulai Jumaat ini

 Satu acara bagi melestarikan dan memartabatkan seni dan budaya Melayu akan diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) mulai Jumaat (4 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
'Minggu Serumpun Budaya' buka tirai mulai Jumaat ini

(Gambar: Wisma Geylang Serai/Facebook)

SINGAPURA: Satu acara bagi melestarikan dan memartabatkan seni dan budaya Melayu akan diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) mulai Jumaat (4 Sep).

'Minggu Serumpun Budaya' akan dianjurkan dari Jumaat (4 Sep) hingga Sabtu depan (12 Sep).

Sepanjang penganjuran acara tersebut, satu program online selama sembilan episod yang berunsur pendidikan dan hiburan berskala besar juga akan diadakan.

Acara online yang bakal diadakan setiap hari, mulai Jumaat ini, akan berlangsung dari pukul 8.30 malam hingga 9.15 malam melalui wadah YouTube dan Facebook rasmi Wisma Geylang Serai.

Ia akan menampilkan pelbagai persembahan seni dan bakat kreatif dalam bidang seni dan budaya Melayu.

Setakat ini, Jabatan Jalur Budaya WGS sudah bekerjasama dengan 6 agensi Pemerintah, 10 sekolah, 5 Pusat Masyarakat (Kelompok Marine Parade) dan 11 penaja.

Selain rakan-rakan kerja seperti M3, PA Passion Arts, Kelab Masyarakat Persatuan Rakyat (PA), WGS juga bekerjasama dengan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan Lembaga Warisan Negara (NHB) sebagai sebahagian daripada usaha pelbagai agensi di bawah Jalur Budaya Geylang Serai.

Antara ciri-ciri unik Minggu Serumpun Budaya adalah ia akan menampilkan bakat-bakat tempatan sahaja.

Bahkan lagu tema bagi acara ini dihasilkan dan didendangkan sendiri oleh rakyat tempatan Singapura.

Lagu tersebut bermatlamat untuk membangunkan identiti tersendiri bagi program itu yang akan didendangkan bagi setiap episod kelak. Malah lirik lagu itu turut menggambarkan bagaimana WGS melestarikan nilai-nilai tradisional Melayu.

Dalam pada itu, akan terdapat satu segmen yang akan menyaksikan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Dr Maliki Osman yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Menteri Kedua Ehwal Luar mendeklamasikan sajak dan Encik Nur Effendi, yang merupakan Pengurus Besar WGS, bermain piano.

Disebabkan oleh pandemik COVID-19, WGS akan memperkenalkan satu segmen khas untuk para peniaga kecil-kecilan dari rumah (HBB) dan para peniaga Wisma Geylang Serai mempromosikan kedai dan pakaian masing-masing secara online. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan