Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Meski dia sendiri baru berpuasa, budak 10 tahun ini serlahkan kehebatan memasak demi amal

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari timur laut London sedang mengumpulkan dana untuk tujuan amal dengan memasak sempena bulan Ramadan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Meski dia sendiri baru berpuasa, budak 10 tahun ini serlahkan kehebatan memasak demi amal

Zaavier Khan. (Gambar: epic_zaav/Instagram)

Diterbitkan : 28 Apr 2021 09:19PM Dikemas Kini : 28 Apr 2021 09:24PM

LONDON: Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari timur laut London sedang mengumpulkan dana untuk tujuan amal dengan memasak sempena bulan Ramadan ini.

Zaavier Khan berharap untuk membeli bungkusan-bungkusan makanan bernilai sehingga £5,000 (S$9,214) menerusi sumbangan derma masyarakat sedang dia beraksi di dapur menyediakan juadah-juadah menarik dan lazat.

"Ramai orang yang tidak bernasib baik seperti kita. Mereka tidak ada wang dan makanan yang secukupnya dan sebahagian daripada mereka tidak memiliki tempat berteduh. Jadi saya yang berpuasa buat kali pertama ini ingin melakukan sesuatu untuk mereka yang sangat memerlukan," Zaavier Khan memberitahu Arab News.

"Apabila saya mendapat tahu ada sekitar lapan juta orang di Britain tanpa makanan, saya mahu mengumpul wang untuk memberi mereka makan," tambah Zaavier.

Zaavier kini sedang mengumpulkan dana bagi mendapatkan bungkusan-bungkusan makanan dari Human Appeal, iaitu sebuah badan kebajikan antarabangsa Britain.

Pertubuhan itu mengagihkan lebih 4,500 bungkusan makanan kepada mereka yang memerlukan, lapor Arab News.

Sebagai satu-satunya pelajar beragama Islam dalam bilik darjahnya, Zaavier juga "satu-satunya murid yang berpuasa. Jadi dia juga perlu menunjukkan kesabaran yang tinggi," ibunya memberitahu Arab news.

Rakan-rakan sedarjah sudah memahami tentang Islam dan musim cuti dalam agama itu kerana mereka diajar tentangnya melalui mata pelajaran keagamaan di Britain.

Namun, menurut ibu Zavier, Tahreem Khan, ini kali pertama mereka didedahkan kepada pengalaman di mana salah seorang rakan mereka sedang berpuasa.

"Ini pendedahan kali pertama, bukan hanya untuk Zaavier malah begitu juga bagi para pelajar dalam kelasnya tentang Islam dan seorang kanak-kanak Muslim, yang sedang menjalankan amalan agamanya," kata beliau.

Disebabkan minatnya terhadap makanan, Zaavier sudah melakukan beberapa sesi masakan sejauh ini dan sudah menyediakan pelbagai hidangan kreatif.

Ini termasuk salada quinoa semangka, roti bakar atau 'french toast' Nutella, piza, salada avokado ayam shish taouk dan papri chaat - iaitu sejenis kudapan India/Pakistan.

Bagi pencuci mulut pula, Zaavier menyediakan 'milkshake' kurma dan vanila serta manis-manisan.

Malah, Zaavier turut diundang memasak bersama para cef di dua buah restoran di daerah timur London dan sudah memasak di rumah keluarga dan rakan-rakannya, lapor Arab News.

"Terdapat ramai orang yang berminat dan mahu Zaavier memasak di dapur mereka," kata ibunya, sambil mendedahkan bahawa sekatan-sekatan COVID-19 menyukarkan anaknya itu untuk berbuat demikian.

Digelar sebagai 'Ramadan kid' (Budak Ramadan), Zaavier berkata dia mahu menunjukkan bahawa bulan "Ramadan adalah bulan untuk menyumbang semula kepada masyarakat dan saya mahu menyumbang semula kepada masyarakat yang dekat dengan saya".

Sebahagian rakannya di sekolah juga menghulurkan sumbangan serma dan ibunya berkata beliau menerima panggilan telefon daripada guru kelas yang "memuji Zaavier dan berkata Zaavier kini menjadi salah seorang kanak-kanak di sekolah yang menjadi inspirasi kepada kanak-kanak lain dan juga peran contoh yang baik, dari segi kerja-kerja kemanusiaannya".

Zaavier sudahpun berhasil mengumpul lebih £1,700 (S$3,130) daripada sasaran £5,000. Ibunya berkata, Zaavier merancang untuk "melakukan lebih banyak lagi" pada tahun depan dan "berharap untuk menjadi seorang pemuda yang banyak berbakti kepada umat manusia".

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan