Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Menteri New Zealand Julie Anne Genter berbasikal ke hospital kerana 'kereta tak cukup ruang'

Menteri Wanita, Julie Anne Genter, berkata beliau mengayuh basikal ke Hospital Auckland City untuk melahirkan anaknya kerana "tidak ada ruang yang cukup di dalam kereta".

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri New Zealand Julie Anne Genter berbasikal ke hospital kerana 'kereta tak cukup ruang'

Menteri Julie Anne Genter mengayuh basikal ke Hospital Auckland City untuk melahirkan anaknya. (Gambar: julieannegenter/ Instagram)

Diterbitkan : 20 Aug 2018 01:03PM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 01:09PM

NEW ZEALAND: Menteri Wanita, Julie Anne Genter, berkata beliau mengayuh basikal ke Hospital Auckland City untuk melahirkan anaknya kerana "tidak ada ruang yang cukup di dalam kereta".

Sekeping gambar menunjukkan menteri berkenaan yang sudah sarat mengandung baru sahaja menikmati kayuhan basikal "untuk akhirnya melahirkan cahaya mata". Gambar itu mencuri perhatian ramai di dunia.

Cik Genter menyiarkan gambar di Instagram menunjukkan beliau bersama basikal elektrik miliknya di Hospital Auckland City.

Anggota Parlimen dari Parti Green itu turut berkongsi tentang pengalamannya berbasikal ke hospital.

"Pagi Ahad yang indah untuk mengayuh basikal, ke hospital, untuk proses induksi dan akhirnya menimang bayi ini," tulis beliau seperti ditukil ABC News.

Ramai yang meninggalkan komen di Instagram bagi mengucapkan tahniah. Malah, ada yang menyifatkan beliau sebagai seorang "legenda" dan "contoh yang sangat baik".

Menurut ABC News, Cik Genter giat mengajak penduduk tempatan mengamalkan gaya hidup sihat dengan berbasikal. Semasa mengumumkan tentang kehamilannya, beliau secara terang-terangan mengatakan akan terus berbasikal.

"Kami perlu memasang satu lagi tempat duduk pada basikal - pada awal Ogos nanti, kami bakal menimang anak sulung kami," kata Cik Genter menerusi catatan Facebooknya pada awal tahun ini.

Cik Genter dan pasangannya sebelum ini pernah mengalami keguguran. Beliau bersikap terbuka berkongsi pengalamannya itu bersama media tempatan.

Beliau dijangka kembali bertugas di Parlimen pada awal November.

Pada Jun, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menjadi pemimpin dunia yang kedua melahirkan bayi semasa memegang jawatan itu.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan