Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mengapa ada warga tua sukar tidur malam?

Sesetengah warga emas cendurung terjaga pada waktu malam atau terbangun terlalu awal pagi. Malah ada yang sering terbangun berkali-kali disebabkan perlu ke tandas.

Anggaran Waktu Membaca:
Mengapa ada warga tua sukar tidur malam?

(Gambar hiasan: Sebastien Bozon/AFP)

Diterbitkan : 24 Apr 2019 11:38PM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 11:40PM

JAKARTA: Sesetengah warga emas cendurung terjaga pada waktu malam atau terbangun terlalu awal pagi. Malah ada yang sering terbangun berkali-kali disebabkan perlu ke tandas.

Salah satu sebab warga emas lazim tidak dapat tidur lebih lama dan mengalami kesukaran tidur adalah kesan sampingan daripada ubat-ubat yang dimakan untuk merawat penyakit-penyakit yang mereka alami. Ini termasuk masalah tekanan darah, barah dan kemurungan.

Selain itu, diet serta gaya hidup golongan warga emas ini turut mempengaruhi masa tidur mereka. Sebagai contoh, mereka tidak boleh minum minuman kafein empat atau lima jam sebelum waktu tidur. Selain itu, cuba elak kebiasaan tidur pada waktu siang dan merokok.

Malah, para pakar kesihatan turut berkata bahawa adalah penting bagi seseorang mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Ini kerana, hal tersebut akan membantu pengeluaran melatonin, iaitu hormon yang mempengaruhi waktu tidur.

Sekiranya seorang warga emas mengalami masalah insomnia yang teruk, mereka dinasihati agar berjumpa dengan doktor supaya ia tidak akan memudaratkan kesihatan mereka.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan