Images
  • emas
    Gambar hiasan

Membeli emas sebagai simpanan? Elak kesilapan ini

KELUARGA: Sejak harga emas merosot, ramai yang bercadang untuk membeli emas untuk simpanan.

Namun walaupun turun harganya, emas tetap mahal.

Bagi yang mempunyai kelebihan wang, tidak salah membuat keputusan menyimpan dalam bentuk emas.

Walau bagaimanapun, seseorang itu harus pastikan kedudukan kewangannya kukuh kerana untuk menggandakan nilai emas mengambil masa agak lama.

Berikut panduan dalam artikel Keluarga yang disediakan oleh Kelantan Gold Trade Sdn Bhd supaya tidak salah perancangan sewaktu membeli emas.

Kesilapan-kesilapan ketika membeli emas

1) Beli dan tunggu harga emas naik untuk dijual dengan nilai yang lebih tinggi

Kesannya pembeli akan rasa rugi apabila harga emas jatuh untuk jangka masa panjang.

Malah, mereka akan lebih rugi lagi apabila mengambil tindakan untuk menjual kesemua emas yang dibeli dengan harga yang tinggi.

2) Beli emas sekadar untuk suka-suka

Kebiasaannya, mereka yang membeli emas sekadar untuk suka-suka tidak serius tentang pentingnya ilmu tentang emas.

Mereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan nilai emas.

Ini akan menjadi masalah yang besar apabila mereka dalam keadaan terdesak untuk menggunakan ‘wang tunai’ bahkan di saat memerlukan, mereka tidak tahu mahu jual di mana.

Emas sebenarnya adalah alat persedian sewaktu berlaku kegawatan ekonomi, politik dan kewangan.

3) Beli emas tetapi untuk simpanan jangka masa pendek

Ada orang membeli emas dan berhajat untuk menjualnya semula dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Ia juga sangat merugikan jika menjualnya di saat nilai emas turun.

4) Beli emas bagi tujuan pelaburan

Persepsi ini amat salah, kerana membeli emas bukan satu pelaburan, tetapi beli emas adalah sebagai simpanan.

Keuntungan membeli emas adalah dengan memiliki emas - semakin banyak emas yang disimpan, makin bertambah nilai emas dan juga kekayaan seseorang.

Perlu difahami apa itu pelaburan. Pelaburan adalah sesuatu bentuk untuk mendapat keuntungan melalui kebergantungan individu terhadap usaha orang lain atau syarikat mahupun persatuan.

Konsep asas kepada pelaburan adalah untung dan rugi. Apabila kita melabur, yang pastinya kita akan menantikan keuntungan dan juga perlu berani untuk menanggung risiko kerugian, menurut Kelantan Gold Trade Sdn Bhd dalam artikel Keluarga itu. 

- Agensi berita/SM/sm

Top