Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mediacorp, OSU lancar laman berita dan hiburan bagi rakyat S'pura di luar negara

Rakyat Singapura yang tinggal di luar negara kini boleh mendapatkan berita tanah air dan hiburan menerusi laman baru, iaitu 'Overseas Singaporean Portal' atau Portal Rakyat Singapura di Luar Negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp, OSU lancar laman berita dan hiburan bagi rakyat S'pura di luar negara

'Overseas Singaporean Portal' membolehkan rakyat Singapura yang tinggal di luar negara mendapatkan berita tanah air dan hiburan. (Gambar petikan skrin laman OSU)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 09:56PM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 12:05AM

SINGAPURA: Rakyat Singapura yang tinggal di luar negara kini boleh mendapatkan berita tanah air dan hiburan menerusi laman baru, iaitu 'Overseas Singaporean Portal' atau Portal Rakyat Singapura di Luar Negara.

Dilancarkan hari ini (11 Jan), ia merupakan "laman sehenti" bagi rakyat Singapura yang tinggal di luar negara untuk mendapatkan perkembangan terkini berita dari negara ini.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Mediacorp dan Unit Rakyat Singapura di Luar Negara (OSU), laman itu akan "menampilkan kandungan-kandungan yang terdiri daripada pelbagai genre, namun tidak terhad kepada rancangan siaran langsung, drama popular, rancangan berhubung makanan dan dokumentari ehwal semasa yang diterbitkan Mediacorp".

"Semasa kami menjalankan kegiatan mendampingi rakyat Singapura yang tinggal di luar negara sebelum ini, ramai daripada mereka ingin mendapatkan perkembangan terkini mengenai berita dan hiburan di Singapura," kata Encik Wong Kan Foo, Pengarah OSU. "Dengan laman baru ini, kami berharap untuk memudahkan akses mereka kepada pelbagai saluran tempatan menerusi satu wadah, sama ada ia rancangan ehwal semasa mahupun hiburan."

Ketua Produk Digital dan Teknologi Mediacorp, Anil Nihalani, berkata: "Sebagai pengeluar kandungan dan wadah pelbagai media terbesar di Singapura, matlamat kami adalah untuk menyatukan rakyat menerusi pelbagai wadah dan kandangunan tempatan kami yang unik.

"Jenama-jenama kami seperti Toggle, CNA.com dan MeRadio menawarkan pelbagai jenis kandungan yang dihasilkan khas bagi rakyat Singapura, dan kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan OSU dalam projek ini bagi membolehkan rakyat yang menetap di luar negara sentiasa berasa dekat dengan Singapura. "

Laman itu boleh didapati menerusi: www.overseassingaporean.sg/en/resources/osu-mediacorp.

Buat masa ini, terdapat lebih 200,000 rakyat Singapura yang menetap, bekerja dan menuntut di luar negara. Sebahagian besar daripada mereka tinggal di Australia, China, Britain dan Amerika Syarikat.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan