Images
  • 99lazada
    (Gambar: Lazada Singapore)

Mediacorp, Lazada bergabung lagi bagi jualan 9.9 LazMall Big Brands Sale dan Online Tech Show

SINGAPURA: Ingin mendapatkan tawaran beli-belah online yang terbaik? Jualan murah '9.9 LazMall Big Brands Sale' bakal berlangsung dari 9 Sep hingga 13 Sep.

Jualan murah tersebut bakal menampilkan diskaun terbesar merangkumi 18,000 jenama di LazMall, termasuk Dyson, Braun, Philips, Bose dan LEGO.

Jualan tersebut juga termasuk edisi ketiga pertunjukan barangan teknologi Lazada Online Tech Show 2020, yang menawarkan tawaran terbaik barangan elektronik di laman e-dagang itu.

Menyusuli kejayaan kerjasama kandungan-perdagangan pertama antara Lazada dengan Mediacorp bagi Jualan Besar-Besaran Hari Kebangsaan (National Day Mega Sale) yang pertama bulan lalu, kedua-dua pihak berganding bahu sekali lagi untuk acara penjualan yang sangat dinanti-nantikan ini.

Semua tawaran awal dan penjualan khas akan dilancarkan pada 2 Sep menerusi wadah Mediacorp dan Lazada.

"Mediacorp berbesar hati dapat bekerjasama dengan Lazada untuk menjana hasil yang sangat positif menggunakan kekuatan kami dari segi rangkaian dan kandungan. Mediacorp dan Lazada berkongsi minat dalam huraian inovasi untuk pembeli dan perniagaan,” kata Parminder Singh, Ketua Pegawai Komersil dan Digital Mediacorp.

"Dengan rangkaian kandungan bersama yang kuat, kami melihat bagaimana warga Singapura begitu aktif dalam kegiatan permainan dan membeli-belah di platform Mediacorp dan Lazada. Dan kami sangat gembira menyaksikan sokongan untuk jenama tempatan," kata Carey Chong, Ketua Pegawai Operasi Lazada Singapore.

- CNA/TQ/tq

Top