Images
  • body n soul fair mediacorp

Mediacorp lancar pesta kesihatan Body & Soul Fair secara maya 17-21 Mac

SINGAPURA: Satu pesta kesihatan besar-besaran berlangsung hari ini (17 Mac) hingga Ahad, menawarkan pelbagai program menarik selain hadiah-hadiah untuk dimenangi.

Body and Soul Fair anjuran Mediacorp, adalah pesta kesihatan dan kesejahteraan secara maya terbesar di Singapura.

Acara tersebut bakal menawarkan program-program kesihatan Mediacorp kegemaran ramai seperti Body & Soul, Body SOS, Sihat Oh Sihat dan Hello Hello Sugama di bawah satu wadah sehenti - mediacorp.sg/bodyandsoul.

Pengunjung boleh menikmati tawaran menarik bagi produk-produk kesihatan selain mengikuti webinar percuma, di mana para pakar akan berkongsi pelbagai panduan kesihatan seperti bagaimana untuk meningkatkan daya tahan tubuh, selain tip bagi kesejahteraan mental, penuaan aktif, kecantikan dan kesejahteraan.

Antara sesi perkongsian yang tidak harus dilepaskan termasuk webinar oleh pengarah Klinik Banyan, Dr Elly Sabrina, yang menyentuh tentang vaksinasi dan cara-cara meningkatkan daya tahan tubuh.

Ia bakal diadakan dalam bahasa Melayu pada 2.00 petang, 17 Mac.

Semua ini dan banyak lagi boleh anda ikuti secara online di mediacorp.sg/bodyandsoul.

- BERITAmediacorp/TQ/tq

Top