Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mediacorp, EMERGE Esports jalin hubungan bangunkan bakat pencipta kandungan e-sukan

Mediacorp dan agensi pengurusan bakat e-sukan, EMERGE Esports, baru-baru ini mengumumkan kerjasama untuk membangunkan bakat baru pencipta kandungan e-sukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp, EMERGE Esports jalin hubungan bangunkan bakat pencipta kandungan e-sukan

(Gambar: SGEA)

Diterbitkan : 23 Jun 2021 04:26PM Dikemas Kini : 23 Jun 2021 04:27PM

SINGAPURA: Mediacorp dan agensi pengurusan bakat e-sukan, EMERGE Esports, baru-baru ini mengumumkan kerjasama untuk membangunkan bakat baru pencipta kandungan e-sukan.

Kerjasama selama setahun itu bertujuan untuk membangunkan pengetahuan dan kemahiran pencipta kandungan atau "content creator" baru dalam e-sukan, sambil menawarkan peluang dan pendedahan industri selain membangunkan kandungan lebih bermutu untuk para pelanggan.

Ini dilakukan menerusi rangkaian Bloomr.SG, menurut kenyataan bersama oleh Mediacorp dan EMERGE Esports baru-baru ini (17 Jun).

"Memanfaatkan populariti kandungan permainan video yang semakin meningkat di seluruh dunia, kerjasama antara EMERGE Esports dengan Bloomr.SG Mediacorp menekankan komitmen bersama antara kedua-dua pihak untuk terus melibatkan penonton dengan kandungan bermutu sambil mengembangkan masyarakat pencipta kandungan Singapura," tambah kenyataan itu.

Kerjasama tersebut membuka laluan bagi bakat-bakat di bawah EMERGE Esports menerima tajaan dan peluang promosi. Ia juga membolehkan mereka bekerjasama dengan selebriti tempatan dan serantau untuk menghasilkan kandungan.

"Mereka juga boleh memanfaatkan daya sumber dan kemudahan Mediacorp untuk menyokong kerja-kerja penerbitan mereka, meraih manfaat dari sesi latihan dan bengkel, dan mendapatkan akses kepada peluang meraih pendapatan melalui sokongan pengurusan iklan premium dan hak cipta," tambah kenyataan itu lagi.

Sementara itu selain menyokong Bloomr.SG dengan kemahiran dan perhubungan industri, pihak EMERGE Esports akan membantu mengenal pasti dan menghubungkan bakat-bakat baru bagi meningkatkan lagi kerjasama serta menawarkan lebih banyak kisah-kisah menarik dari dalam arena e-sukan kepada penonton aliran utama.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan