Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mediacop sajikan sehingga 200 jam kandungan Definisi Ultra Tinggi 4K dalam 2 tahun mendatang

Tidak lama lagi, anda boleh menikmati imej lebih jelas dan tajam di skrin televisyen anda.

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacop sajikan sehingga 200 jam kandungan Definisi Ultra Tinggi 4K dalam 2 tahun mendatang
Diterbitkan : 14 Aug 2019 08:53PM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 08:54PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, anda boleh menikmati imej lebih jelas dan tajam di skrin televisyen anda.

Ini kerana Mediacorp berusaha untuk menghasilkan kandungan dengan mutu visual lebih tinggi sehingga 200 jam bagi tempoh dua tahun mendatang.

Buat pertama kalinya, kamera-kamera akan dipasang untuk mengambil paparan lebih terperinci mengenai acara perbarisan.

Imej-imej yang diambil itu adalah hasil daripada resolusi 4K atau Definisi Ultra Tinggi. Resolusinya adalah lebih tinggi dari Definisi Tinggi (HD).

Imej lebih jelas dan tajam juga diniklati para pengguna yang mempunyai set televisyen bijak 4K.

Mediacorp merancang untuk menghasilkan lebih banyak program-program 4K pada masa kelak. Misalnya, drama tempatan Cavenagh Bridge di wadah online Toggle serta rancangan-rancangan dokumentari seperti CNA Tipping Point.

Untuk beberapa tahun ini, Mediacorp merancang untuk menghasilkan sekitar 100 jam kandungan 4K setiap tahun bagi kategori drama dan dokumentari.

Menjelang 2024, Mediacorp bakal menggandakannya kepada 200 jam setiap tahun.

Semua itu demi menyediakan khidmat lebih baik buat tatapan para penonton. 

Sumber : CNA/NU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan