Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

McDonald's perkenalkan semula botol sos kari di S'pura

McDonald's di Singapura akan memperkenalkan semula botol sos kari bagi semua anggota keluarga menikmati musim cuti sekolah Jun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's perkenalkan semula botol sos kari di S'pura

(Gambar: McDonald's)

Diterbitkan : 29 May 2019 12:00AM Dikemas Kini : 29 May 2019 12:04AM

SINGAPURA: McDonald's di Singapura akan memperkenalkan semula botol sos kari bagi semua anggota keluarga menikmati musim cuti sekolah Jun ini.

Mulai Khamis (30 Mei), para peminat sos kari akan dapat membeli sehingga empat botol dengan setiap pembelian kotak McNuggets, 'extra value meal' atau 'happy sharing box'.

Ia tidak boleh dibeli dengan McNuggets 'happy meal'.

Setiap botol berharga S$5.50. Ia boleh dibeli di sebarang cawangan McDonald di Singapura, selagi stock masih ada.

Selain botol sos kari, ayam McNuggets pedas juga kembali dengan pilihan 6 keping, 9 keping atau 20 keping.

McDonald's juga mengumumkan pada Selasa beberapa item baru dalam menu: kentang goreng bawang, aiskrim keledek dan KIT KAT MCFlurry.

Aiskirim keledek boleh didapati di semua gerai pencuci mulut untuk waktu yang terhad saja, selagi stok masih ada.

KIT KAT McFlurry boleh didapati di semua cawangan, gerai pencuci mulut dan menerusi McDelivery.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan