Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

McDonald's perkenalkan burger Rendang Sedap

'The Rendang Sedap Angus Beef Burger' adalah sebahagian daripada sajian McDonald's yang diilhamkan daripada hidangan kegemaran tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's perkenalkan burger Rendang Sedap

(Gambar: McDonald's)

Diterbitkan : 07 Aug 2018 03:16PM Dikemas Kini : 07 Aug 2018 03:20PM

SINGAPURA: Teringin makan hidangan rendang lembu tetapi sedang cuba kurangkan nasi dalam diet? Usah gusar, kerana restoran McDonald's hari ini (7 Ogos) menawarkan pilihan untuk anda.

Rangkaian restoran makanan segera itu melancarkan satu hidangan baru, iaitu 'The Rendang Sedap Angus Beef Burger'.

Ia adalah sebahagian daripada sajian McDonald's yang diilhamkan daripada hidangan kegemaran tempatan seperti burger Ha Ha Cheong Gai dan ais-krim Durian McFlurry yang mula dijual baru-baru ini.

Menurut restoran makanan segera itu, burger terbaru yang ditawarkannya dihidangkan dengan kepingan daging lembu Angus yang dicelup dengan sos rendang bersama hirisan bawang dan telur goreng. Tidak lengkap rendang tanpa rempahnya. Makan antara bahan sos burger ini adalah halia dan serai selain santan dan limau purut.

The Rendang Sedap Angus Beef Burger dijual selepas waktu sarapan bermula 9 Ogos di semua cawangan McDonald's serta khidmat hantaran McDelivery dan Grab Food.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan