Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

McDonald's M'sia tawar 3 juta cawan kopi percuma kepada individu lengkap divaksin

McDonald’s Malaysia menawarkan tiga juta cawan kopi Americano percuma kepada individu yang sudah divaksin bagi menyebarkan semangat positif sempena Bulan Kopi Antarabangsa sepanjang Oktober ini.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia menawarkan tiga juta cawan kopi Americano percuma kepada individu yang sudah divaksin bagi menyebarkan semangat positif sempena Bulan Kopi Antarabangsa sepanjang Oktober ini.

McDonalds’s Malaysia dalam kenyataannya memaklumkan baucar untuk McCafé Americano diagihkan kepada individu yang menerima vaksin di 75 pusat pemberian vaksin terpilih di seluruh negara mulai September lalu dan minuman tersebut boleh ditebus dengan mana-mana pembelian produk McDonald’s sehingga 31 Dis ini.

Restoran khidmat segera itu juga memperkenalkan 3.5 juta cawan eksklusif #KitaBoleh untuk McCafé di seluruh negara bagi menceriakan rakyat Malaysia dan mengingatkan mereka agar terus bersama-sama berdiri teguh dalam susah dan senang.

“Cawan McCafé dengan mesej semangat #KitaBoleh, boleh didapatkan sempena Bulan Kopi Antarabangsa pada bulan ini sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia untuk terus menjalani kehidupan dan menikmati kopi kegemaran mereka,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar berkata pemberian baucar percuma McCafé Americano adalah sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menjalankan tanggungjawab dengan mendapatkan vaksinasi COVID-19.

"Kami komited untuk menyokong masyarakat dengan apa jua cara dan salah satunya adalah melalui minuman kopi yang sememangnya menjadi kegemaran pelanggan kami,” katanya.

Untuk terus memberikan keseronokan kepada rakyat Malaysia, McDonald's juga memaklumkan bahawa pelanggan hanya perlu membayar RM1 untuk menukar minuman mereka kepada Iced Latte dengan setiap pembelian McValue Meal.

Selain itu, McDonald’s Malaysia juga menawarkan promosi McCafé tambahan di aplikasi McDonald’s sepanjang Oktober termasuk RM1.99 untuk Iced Latte bersaiz medium, diskaun 50 peratus untuk minuman terpilih McCafé dan tawaran istimewa untuk kek McCafé terpilih.

Sepanjang 39 tahun McDonald’s di Malaysia, ia memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara dan mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan