Images
  • mcd
    (Gambar: Reuters)

McDonald's lancar 'McPlant', daging burger berasas tanaman pada 2021

NEW YORK: Rangkaian makanan segera McDonald's pada Isnin (9 Nov) mengumumkan akan melancarkan burger baru berasaskan tumbuhan diberi nama McPlant bagi memenuhi permintaan lebih ramai orang yang tidak makan daging.

McDonald's sebenarnya agak ketinggalan dalam pasaran itu dengan Burger King, merupakan jenama makanan segera pertama melancarkan versi burger Whopper berasaskan tanaman pada April 2019 di Amerika Syarikat.

Rangkaian restoran lain seperti Dunkin' dan Starbucks juga sudah menembusi pasaran itu, kerana lebih ramai pelanggan kini yang sedar tentang gaya hidup sihat, kesan penternakan terhadap alam sekitar dan hak haiwan.

McDonald's menguji burger daripada tumbuhan di Kanada dengan kerjasama syarikat Beyond Meat, yang menghasilkan makanan gantian khusus diperbuat daripada tanaman seperti kacang soya yang sudah lama wujud. Bagaimanapun, syarikat baru seperti Beyond Meat dan Impossible Burger telah menghasilkan produk yang menyerupai daging dari segi rasa, tekstur dan warna. Burger baru McPlant dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald's, dan akan diperkenalkan di pasaran-pasaran tertentu pada tahun depan. 

- TODAY/SU/na

Top