Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

McDonald's lancar 'bucket' Hello Kitty

Tahun lalu, McDonald's mencetuskan satu fenomena semasa syarikat itu melancarkan 'bucket' My Melody yang habis dijual dalam masa beberapa minit sahaja! Pada 7.00 pagi 14 November ini, syarikat itu akan cuba mengulangi fenomena tersebut dengan melancarkan 'bucket' Hello Kitty pula.

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's lancar 'bucket' Hello Kitty

(Gambar: McDonald's)

Diterbitkan : 12 Nov 2019 01:44PM Dikemas Kini : 12 Nov 2019 01:47PM

SINGAPURA: Tahun lalu, McDonald's mencetuskan satu fenomena semasa syarikat itu melancarkan 'bucket' My Melody yang habis dijual dalam masa beberapa minit sahaja!

Pada 7.00 pagi 14 November ini, syarikat itu akan cuba mengulangi fenomena tersebut dengan melancarkan 'bucket' Hello Kitty pula.

Singapura adalah negara pertama untuk melancarkan edisi khas itu.

'Bucket' itu dijual pada harga S$7.90 dengan setiap pembelian Extra Value Meal atau Doubles Feast. Para pelanggan hanya boleh membeli dua bucket bagi setiap urus niaga.

Ia dijual secara eksklusif di kaunter atau kios layan diri di cawangan-cawangan restoran makanan segera itu.

'Bucket' itu boleh digunakan untuk membawa hidangan McDonald's anda apabila anda membelinya untuk dibawa pulang supaya penggunaan beg plastik dapat dikurangkan.

'Bucket' Hello Kitty boleh dibeli mulai pukul 7.00 pagi pada 14 Nov di kesemua cawangan McDonald's (kecuali di stesen minyak Shell Tampines, Shell Hougang dan Kios McDonald's Tampines).

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan