Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

McDonald's kembali saji menu popular Chicken McCrispy

McDonald's juga memperkenalkan dua watak iaitu Flash Fry dan Steam Marinate untuk mempromosikan hidangan ayam goreng itu.

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's kembali saji menu popular Chicken McCrispy

Hidangan terbaru McDonald's. (Gambar: Instagram/ @yichunsmile)

Diterbitkan : 03 Nov 2020 10:47PM Dikemas Kini : 03 Nov 2020 10:52PM

SINGAPURA: Bagi golongan milennial di luar sana, kenangan menikmati ayam goreng McDonald's pasti menggamit fikiran anda!

Kini, McDonald's kembali menyajikan menu Chicken McCrispy setelah ditiadakan sejak tahun 2002.

Restoran makanan segera itu berkongsi bahawa set dua keping Chicken McCrispy berharga S$8.40 termasuk minuman dan kentang goreng.

Hidangan itu juga dijual secara ala carte pada harga S$6.

Jika anda benar-benar 'hantu ayam goreng', McDonald's menambah Chicken McCrispy dijual dalam set enam keping pada harga S$16.90.

Bagi mereka yang tidak gemar bahagian dada ayam, set enam keping itu akan hanya menyediakan bahagian paha dan drumstick ayam.

Namun begitu, buat ketika ini McDonald's menyatakan hidangan itu hanya dijual di beberapa cawangan tertentu saja.

Chicken McCrispy pertama kali dijual di Singapura pada 1998 dan menjadi kesukaan ramai penduduk di sini.

McDonald's juga memperkenalkan dua watak iaitu Flash Fry dan Steam Marinate untuk mempromosikan hidangan ayam goreng itu.

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan