Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

McDonald's keluarkan set baju tidur bersama khidmat penghantaran malam

Rangkaian makanan segera McDonalds mengumumkan khidmat "McDelivery Night In" yang akan bermula pada 7 Oktober, 6 petang. Yang menarik, anda boleh memesan sekali sepasang pakaian tidur McDonald's bersama pembelian McNuggets.

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's keluarkan set baju tidur bersama khidmat penghantaran malam

(Gambar: McDonald's)

Diterbitkan : 05 Oct 2019 12:55PM Dikemas Kini : 05 Oct 2019 12:58PM

SINGAPURA: Rangkaian makanan segera McDonald's mengumumkan khidmat "McDelivery Night In" yang akan bermula pada 7 Oktober, 6 petang. Yang menarik, anda boleh memesan sekali sepasang pakaian tidur McDonald's bersama pembelian McNuggets.

Set "McDelivery Night in" Bundle" (S$24.90, tidak termasuk yuran penghantaran) disertakan dengan Happy Sharing Box B (enam keping Chicken McNuggets dan empat keping McWings) dan set Loungewear, yang ditawarkan dalam pilihan saiz bebas untuk Lelaki atau Wanita. Anda juga boleh mendapatkan sepasang penutup mata Mc Delivery Sleeping Mask apabila anda menggunakan kod promosi "mcdnightin".

Malah, anda boleh mendapatkan sepasang penutup mata (selagi stok masih ada) dengan sebarang pembelian melebihi S$18 (tidak termasuk yuran penghantaran) dan menggunakan kod promosi "mcdnightin". Ini hanya sah digunakan di wadah-wadah McDelivery.

McDelivery Night In Loungewear Collection akan ditawarkan secara eksklusif di aplikasi McDonald's, McDelivery dan laman web restoran makanan segera itu mulai 7 Okt, 6 petang, selagi stok masih ada.

Sumber : CNA/AY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan