Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

McDonald's hidangkan aiskrim Hershey's mulai 23 Sep

McDonald's juga akan mengagihkan 2,700 cawan Hershey's McFlurry secara percuma di beberapa lokasi dari 20-22 Sep ini!

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's hidangkan aiskrim Hershey's mulai 23 Sep

(Gambar: McDonald's)

Diterbitkan : 19 Sep 2019 05:30PM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 05:36PM

SINGAPURA: Ini berita baik bagi semua 'hantu coklat'! Bermula 23 September ini, semua cawangan dan kios pencuci mulut McDonald's di merata negara akan mula menjual aiskrim 'soft serve' Hershey's.

Anda boleh memilih daripada tiga pilihan aiskrim: biasa, 'twist' dan ChocoCone, yang dijual pada harga antara S$1.40 hingga S$1.60. Anda juga boleh menikmati pencuci mulut itu dalam bentuk sundae atau Hershey's McFlurry, yang masing-masing berharga S$2.40 dan S$3.20.

Kesemua pencuci mulut ini boleh dibeli selepas waktu sarapan dan bagi tempoh terhad.

Selain itu, ada satu lagi berita baik untuk para penggemar coklat Hershey's.

McDonald's akan mengagihkan 2,700 cawan Hershey's McFlurry secara percuma di tiga perhentian bas dari 20 hingga 22 September, antara 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang.

Berikut adalah ketiga-tiga perhentian bas tersebut:

- stesen Dhoby Ghaut,
- stesen Serangoon selepas keluar dari C/Blok 201
- Jurong Gateway Road Blok 131

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan