Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mata tunjuk petanda awal penyakit Alzheimer: Kajian

Kekurangan kapilari darah di bahagian belakang mata mungkin menjadi kaedah baru bukan invasif untuk mendiagnos kecacatan kognitif awal, petanda awal penyakit Alzheimer, menurut satu kajian yang dikeluarkan Northwestern University (NU) pada Jumaat (5 Apr), lapor agensi berita China Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Mata tunjuk petanda awal penyakit Alzheimer: Kajian

(Gambar hiasan: Juan Barreto/AFP)

Diterbitkan : 06 Apr 2019 12:50PM Dikemas Kini : 06 Apr 2019 12:53PM

CHICAGO: Kekurangan kapilari darah di bahagian belakang mata mungkin menjadi kaedah baru bukan invasif untuk mendiagnos kecacatan kognitif awal, petanda awal penyakit Alzheimer, menurut satu kajian yang dikeluarkan Northwestern University (NU) pada Jumaat (5 Apr), lapor agensi berita China Xinhua.

Penyelidik NU merekrut 32 peserta yang mempunyai ujian kognitif yang konsisten dengan kecacatan kognitif jenis cepat lupa, dengan kelompok usia, jantina dan bangsa yang padan dengan subjek yang diuji memiliki kognitif normal bagi usia mereka. Semua individu menjalani pengimejan mata dengan angiografi Optik Koherens Tomografi (OCT).

Mereka kemudian mengesan perubahan vaskular dalam mata manusia secara bukan invasif, dengan sebuah kamera inframerah dan tanpa memerlukan pewarna atau pengesan MRI yang mahal.

Ia didapati bahawa pesakit Alzheimer memiliki aliran darah retina dan ketumpatan saluran darah yang berkurangan.

"Sebaik sahaja keputusan kita disahkan, pendekatan ini berpotensi menyediakan sejenis biopenanda tambahan bagi mengenal pasti individu yang berisiko tinggi menghidap penyakit Alzheimer," kata Encik Amani Fawzi, seorang profesor optalmologi di Fakulti Perubatan Feinberg NU.

Terapi bagi Alzheimer adalah lebih berkesan jika mereka bermula sebelum kerosakan teruk di bahagian otak dan kemerosotan kognitif, kata Encik Fawzi.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan