Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Masyarakat harus kenal pasti potensi krisis kesihatan mental pasca COVID-19

Masyarakat dunia bukan sahaja berdepan dengan cabaran kemelesetan ekonomi akibat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Masyarakat harus kenal pasti potensi krisis kesihatan mental pasca COVID-19

(Gambar: Canva)

Diterbitkan : 10 Jul 2020 09:15PM Dikemas Kini : 10 Jul 2020 09:20PM

SINGAPURA: Masyarakat dunia bukan sahaja berdepan dengan cabaran kemelesetan ekonomi akibat COVID-19.

Satu lagi kebimbangan adalah kesan pandemik itu ke atas kesihatan mental penduduk.

Para saintis sudah mula mengenal pasti bahawa COVID-19 menyebabkanpesakit tidak mendapat cukup oksigen dikenali sebagai "silent hypoxia". Dalam sejumlah pesakit yang kian meningkat di merata dunia, fenomena itu menyebabkanmerasa kurang selesa dan ada yang mungkin rasa bingung.

Hilang deria bau yang dikaitkan dengan penyakit itu juga memberi kesan jangka panjang terhadap keupayaan pesakit untuk menikmati makanan, yang boleh menjejas mutu kehidupan mereka.

Dr Cornelia Chee berkata: "Kami baru sahaja di peringkat permulaan untuk melihat bagaimana ia menjejas kesihatan mental kita sebagai individu dan manusia."

Dr Chee ialah ketua perubatan psikologi di Perubatan Yong Loo Lin dan Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), di Universiti Nasional Singapura.

Beliau berkata demikian pada Khamis (9 Jul) semasa edisi ke-13 siri webinar yang berjudul Kemaskini COVID-19 dari Singapura, yang dianjurkan bersama Rangkaian Respons dan Amaran Penularan Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Sekolah Perubatan NUS Yong Loo Lin dan NUHS.

Sejak talian 24 jam dipanggil National CARE Hotline dimulakan pada April, sekitar 23,000 panggilan sudah diterima daripada orang ramai yang memerlukan pelbagai skim kewangan dan psikologi disebabkan COVID-19. Terdapat hampir 800 kaunselor, pakar psikiatri, pekerja sosial atau pegawai awam yang bertugas 24 jam.

Dr Chee berkata kesihatan mental masyarakat secara amnya terjejas akibat kebimbangan mengenai aspek virus korona baru yang belum diketahui seperti bagaimana ia menular serta disebabkan oleh langkah-langkah sekatan yang dikuat kuasakan pemerintah.

Di Singapura, di mana sekolah ditutup selama dua bulan bermula April sehingga ia dibuka secara bertahap-tahap pada Jun, ibu bapa juga mengalami tekanan tambahan kerana perlu membahagikan masa bekerja dari rumah dan menjaga anak mereka.

"Saya ada seorang pesakit dan perkara pertama yang beliau lakukan apabila berjumpa saya ialah menangis. Ia amat menyedihkan,"menurut Dr Chee. "Beliau mempunyai tiga anak, bawah usia sembilan tahun, dan mereka semua mahukan perhatiannya apabila beliau cuba melakukan kerjanya.

Dr Chee menambah bahawa adalah Pemerintah 'silap' apabila mengeluarkan rawatan psikologi daripada senarai "khidmat penting" yang dikecualikan daripada penutupan tempat kerja pada awal April sebagai sebahagian daripada langkah jarak selamat.

Kementerian Kesihatan kemudian masukkannya semula dalam senarai khidmat penting sekitar tiga minggu kemudian, menyusuli gesaan daripada karyawan kesihatan mental.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan