Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Masuk percuma bagi 2 daya tarikan RWS ini sebelum 1 Mac

Resorts World Sentosa (RWS) sudah 10 tahun beroperasi dan kini tiba masanya untuk menjalani pembaharuan. Projek peluasan resort bersepadu itu yang bernilai S$4.5 bilion dijadual bermula tahun ini dan dijangka selesai secara bertahap-tahap hingga 2025.

Anggaran Waktu Membaca:
Masuk percuma bagi 2 daya tarikan RWS ini sebelum 1 Mac

(Gambar: Resorts World Sentosa)

Diterbitkan : 19 Jan 2020 10:39PM Dikemas Kini : 19 Jan 2020 10:43PM

SINGAPURA: Resorts World Sentosa (RWS) sudah 10 tahun beroperasi dan kini tiba masanya untuk menjalani pembaharuan. Projek peluasan resort bersepadu itu yang bernilai S$4.5 bilion dijadual bermula tahun ini dan dijangka selesai secara bertahap-tahap hingga 2025.

Daya tarikan baru yang dinanti-nantikan termasuk Minion Park dan Super Nintendo World baru di taman tema Universal Studios Singapore, S.E.A. Aquarium yang lebih besar dan dua hotel baru.

Bagi menyediakan ruang untuk membangunkan semula promenade di pesisiran dan S.E.A. Aquarium yang lebih besar, RWS akan menutup dua daya tarikan iaitu The Crane Dance dan Muzium Pengalaman Maritim. Orang ramai boleh mengunjungi kedua-dua daya tarikan itu sehingga 1 Mac. Anda boleh masuk secara percuma jika anda tahu cara-caranya.

Daya tarikan The Crane Dance merupakan pertunjukan cahaya dan air selama 10 minit yang disediakan secara percuma dan ditayangkan setiap malam di pesisiran RWS. Sementara itu, anda boleh mengujungi Muzium Pengalaman Maritim, yang lazimnya mengenakan bayaran masuk sebanyak S$12, jika anda mempunyai tiket ke S.E.A. Aquarium, Taman Air Adventure Cove dan Universal Studios Singapore.

The Crane Dance adalah antara pertunjukan tarian animatronik yang terbesar di dunia, dengan menggabungkan kesan-kesan cahaya dan air dan piroteknik serta kesan-kesan muzik dan kesan pandang digital.

Sepasang kren mekanik akan dihidupkan untuk menghasilkan pertunjukan gah setinggi 10 tingkat atau 30 meter ke udara. Persembahan selama 10 minit itu boleh disaksikan setiap hari pada pukul 8.00 malam di pesisiran RWS hingga 1 Mac.

Muzium Pengalaman Maritim pula bertujuan untuk memaparkan penerokaan Laluan Sutera Maritim. Ia menawarkan 15 galeri yang menggambarkan kisah-kisah pelayaran bersejarah, menerusi perspektif tokoh-tokoh peneroka terkemuka termasuk Marco Polo dan Laksamana Cheng Ho.

Anda berpeluang mengalami ‘serangan lanun dan suasana kecoh’ apabila kapal karam dalam simulasi berbilang deria di Teater Shipwreck at Typhon.

Muzium Pengalaman Maritim dibuka dari 10.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari hingga 1 Mac. 

Sumber : Today/ZM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan