Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Masazo Nonaka lelaki tertua di dunia... apakah rahsianya?

Masazo Nonaka dari Jepun diiktiraf baru-baru ini sebagai lelaki tertua di dunia iaitu 112 tahun. Yang menjadi pertanyaan ramai, apakah rahsianya dapat hidup begitu lama?

Anggaran Waktu Membaca:
Masazo Nonaka lelaki tertua di dunia... apakah rahsianya?

Gambar: Jiji Press/AFP

Diterbitkan : 12 Apr 2018 02:45PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 02:56PM

TOKYO: Masazo Nonaka dari Jepun diiktiraf baru-baru ini sebagai lelaki tertua di dunia iaitu 112 tahun. Yang menjadi pertanyaan ramai, apakah rahsianya dapat hidup begitu lama?

Keluarganya mendedahkan bahawa jawapannya hanya dua: makan manisan dan merendam dalam mata air panas.

"Beliau suka makan apa jua manisan tidak kira jenis Jepun ataupun Barat," kata cucu perempuannya, Yuko Nonaka kepada AFP.

Selain itu, warga tua dari Hokkaido di Jepun itu sering berendam dalam mata air panas di tempat penginapan yang dimiliki keluarganya.

"Beliau memerlukan kerusi roda tetapi masih dalam keadaan sihat sejahtera," tambah cucunya itu.

Datuknya dilahirkan pada 25 Julai 1905 iaitu hanya beberapa bulan selepas Albert Einstein menerbitkan teorinya tentang relativiti. Beliau mendirikan rumah tangga bersama neneknya Hatsuno pada 1931 dan mereka dianugerahi dengan lima orang anak.

Dengan pengiktirafan sebagai lelaki tertua di dunia oleh Guinness World Records, Encik Nonaka sekaligus menggantikan Encik Francisco Nunez Olivera dari Sepanyol yang meninggal dunia pada usia 113 February lalu.

Buat masa ini, pertubuhan tersebut belum mengenal pasti individu-individu lain yang lebih tua daripada Encik Nonaka sejak Cik Violet Brown menghembuskan nafas terakhir Julai tahun lalu pada usia 117.

Pada peringkat nasional, Jepun memang dikenali dengan rakyat-rakyat yang hidup lama dengan sekitar 68,000 orang yang berusia menjangkaui 100 tahun, menurut perangkaan pemerintah negara itu tahun lalu.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan