Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Masalah gusi boleh tingkatkan risiko angin ahmar

Kebersihan gigi merupakan salah satu perkara paling penting dalam kehidupan seharian.

Anggaran Waktu Membaca:
Masalah gusi boleh tingkatkan risiko angin ahmar

Gambar hiasan. (Gambar: DAMIEN MEYER / AFP)

Diterbitkan : 18 Feb 2020 09:33AM Dikemas Kini : 18 Feb 2020 09:37AM

WASHINGTON: Kebersihan gigi merupakan salah satu perkara paling penting dalam kehidupan seharian.

Setiap orang mengambil langkah berbeza untuk membersihkan gigi; ada yang menggosok dua kali sehari malah ada juga sehingga tiga kali sehari.

Penjagaan gigi amat penting kerana ia boleh mencegah kerosakan gigi dan masalah gusi.

Hakikatnya masalah gusi dapat dielakkan sekiranya anda rajin menggosok gigi kerana bagi mereka yang mengalami situasi ini, risiko mengalami angin ahmar lebih tinggi.

Sekumpulan saintis telah melakukan kajian mengenai masalah gusi dan memberi amaran bahawa ia boleh memberi kesan lain terhadap kesihatan.

Kajian mendapati bahawa mereka yang berdepan dengan masalah gusi mempunyai risiko tiga kali ganda mengalami arteri tersekat di bahagian otak.

Apabila ia berlaku, saluran darah tersekat dan akan berlaku darah beku yang menghadkan peredaran darah sekaligus menyebabkan angin ahmar.

Masalah gusi atau juga dikenali periodontal disease adalah jangkitan bakteria dan plak yang terkumpul di celah-celah gigi.

Berdepan dengan gusi berdarah ketika menggosok gigi juga merupakan tanda-tanda awal masalah ini.

Institut Nasional bagi Kajian Pergigian dan Kranofasial mendapati 12 dewasa berusia antara 20 hingga 64 tahun mengalami masalah ini di Amerika Syarikat.

Masalah gusi dikaitkan dengan pelbagai komplikasi kesihatan lain termasuk darah tinggi dan penyakit jantung. Namun kaitan kedua-dua penyakit itu masih di peringkat kajian.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan