Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Manfaatkan musim durian, Bob Senget laris lelong raja buah online

Permintaan tinggi bagi durian, meskipun dalam keadaan pandemik sekarang, mencetuskan perang harga dengan peniaga berlumba-lumba mengatur strategi untuk menarik pelanggan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Permintaan tinggi bagi durian, meskipun dalam keadaan pandemik sekarang, mencetuskan perang harga dengan peniaga berlumba-lumba mengatur strategi untuk menarik pelanggan.

BERITAmediacorp bertemu seorang peniaga yang memanfaatkan kehadirannya di wadah media sosial untuk menceburi bidang niaga raja buah itu secara 'lelong' setiap hari.

Beliau juga berkongsi tips memilih durian agar tidak ditipu.

Gambar Hiasan

LARIS TAPI MENCABAR

Tidak dinafikan, sebahagian besar daripada kita menantikan tibanya musim durian.

Malah, kini lebih mudah untuk mendapatkan buah kegemaran ramai itu secara online untuk dihantar terus ke pintu rumah.

Menyedari permintaan besar di pasaran, Bob Senget menambah raja buah itu dalam senarai barangan yang dilelong di laman Facebook, Bob Senget Show Production, setiap hari sejak dua bulan lalu.

Awalnya, penglipur lara 38 tahun itu berjinak-jinak dengan hanya lapan bakul durian tetapi kini mampu menjual sehingga 35 bakul dalam beberapa hari saja!

Menurut beliau, penjualan durian memang laris tetapi banyak juga cabarannya termasuk melayan kerenah pelanggan.

“Saya pun orang cakap kita tipu juga. Pasal apa, mereka beli durian waktu kita buat 'live', mereka nampak durian itu macam besar. Mereka cakap: ‘Bob, waktu kita pesan durian, durian kau besar, bila datang, kecil-kecil,’” kongsi usahawan itu.

TURUN KEDAI PILIH DURIAN

Oleh itu, Bob mengesyorkan orang ramai datang langsung ke kedai menjual buah itu untuk melihat, merasa dan pilih sendiri durian yang paling mencuri hati mereka.

Malah, lambakan buah durian yang dijual dengan harga yang begitu murah pasti menaikkan lagi semangat setiap penggemar durian untuk mendapatkannya.

Bagi memastikan mereka tidak ditipu khususnya semasa membeli durian jenis yang mahal, beliau berkongsi beberapa tip untuk mengenal pasti pemegang ‘takhta’ durian paling popular.

Mao Shan Wang

Kata penggemar itu, Mao Shan Wang (MSW) atau Musang King mudah dikenal pasti. Di pangkal buah, anda boleh mengesan bentuk bintang dan isinya pula kekuningan terang.

D101

Durian D101 atau DIOI pula jarak durinya lebih jauh antara satu sama lain berbanding MSW. Dalam pada itu, isinya kekuningan emas bahkan biji durian berkenaan biasanya lebih kecil.

Red Prawn, D13

Sementara itu, isi Red Prawn berwarna kuning pekat sehingga kelihatan kemerah-merahan, seakan durian D13. Walau bagaimanapun, ia lazimnya lebih besar berbanding D13 lantas lebih puas untuk dijamu beramai-ramai, menurut Bob.

“Saya suka Red Prawn tetapi D13 sangat popular di kedai saya ini. Mengapa? Pasal harga D13 kita boleh sampai 15 biji hanya $100 (apabila dijual secara lelong),” kata pemilik VIP Fruits Pte Ltd itu.

HANYA SETAHUN SEKALI

Rata-rata, kedai durian menjual jenis-jenis lebih popular itu pada harga antara S$16 hingga S$20 sekilogram.

Namun, bagi ‘hantu durian’, harga durian tidak pernah menjadi pertimbangan utama ketika berbelanja sehingga ratusan dolar untuk dijamu sekeluarga.

Yang penting puas hati.

“Saya mesti beli. Untuk anak-anak saya beli. Kadang-kadang sampai S$300 hingga S$400. Pasal, durian ini, mengikut musim. Setahun sekali.

“Durian tak selalu ada, tak selalu musim itu keluar. Jadi inilah masanya kita berbelanja sakan untuk makan!” kongsi Cik Ima, salah seorang pelanggan tetap kedai yang terletak di Blok 8 Toa Payoh Lorong 7 itu.

Bagi Bob pula, penampilan pertamanya sebagai penjual durian, dengan konsep jualan secara lelong amat berbaloi, lebih-lebih lagi dengan dirinya sendiri adalah penggemar durian sejak kecil lagi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan