Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mandi pagi atau malam? Mana yang lebih baik...

Mandi pada waktu pagi atau malam, kedua-duanya ada baik dan buruknya. Itulah yang dikongsi pakar-pakar baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Mandi pagi atau malam? Mana yang lebih baik...

(Gambar: Pixabay/tookapic)

Diterbitkan : 08 Feb 2018 01:20PM Dikemas Kini : 11 Feb 2018 03:59AM

SINGAPURA: Mandi pada waktu pagi atau malam, kedua-duanya ada baik dan buruknya. Itulah yang dikongsi pakar-pakar baru-baru ini.

Menurut mereka, mandi pada waktu malam tidak sahaja membersihkan tubuh anda daripada kotoran-kotoran ataupun kuman-kuman yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit, ia juga dapat membantu mengawal suhu badan anda serta membantu anda untuk mendapat tidur yang lebih baik.

Pakar tidur Dr Janet Kennedy mengatakan dalam satu artikel dalam The New York Times bahawa suhu badan seseorang turun ketika sedang tidur. "Jika anda mandi pada sebelah malam, ia akan membuat suhu badan anda naik dan kemudian reda kembali. Ini dapat membantu anda untuk tidur lebih cepat," kata beliau.

Selain itu, jika anda mandi sekurang-kurangnya 90 minit sebelum waktu tidur, ia dapat mengurangkan tekanan yang sedang anda alami kerana ia mampu menurunkan tahap kortisol, menurut Daily Mail.

MANDI MALAM BANTU KULIT TUMBUH SEMULA

Mandi pada waktu malam juga membantu kulit untuk tumbuh semula, kata Dr Samer Jaber, seorang ahli dermatologi dari New York seperti yang ditukil Daily Mail. Kulit akan mengupas dan sel-sel baru akan tumbuh semasa anda tidur. Oleh itu, jika anda mandi pada sebelah malam, ia dapat membantu proses ini. "Jika anda terlalu penat untuk mandi pada waktu malam, sekurang-kurangnya cuci muka anda," tambah Dr Samer.

Ingin tahu mengapa pula anda sering berasa lebih segar setelah anda mandi pada waktu pagi? Menurut kajian Harvard, sama seperti ketika seseorang mandi pada sebelah malam, mereka yang mandi pada waktu pagi juga akan mengalami reaksi hormon di mana ia dapat mengurangkan rasa tekanan selain membantu seseorang menjadi lebih kreatif.

"Anda akan mampu membentangkan idea-idea dan huraian anda dengan baik secara semula jadi," kata penulis dan pensyarah Harvard Dr Shelley Carson.

Bagi kaum Adam pula, mereka dinasihati supaya mandi pada waktu pagi sebelum mereka bercukur. "Air hangat dapat membantu mengurangkan penumbuhan rambut secara ke sisi (ingrown)," kata Dr Jaber.

Jika anda tidak dapat memutuskan untuk sama ada mandi pada waktu pagi atau malam, pilihan anda sebenarnya tidak akan menimbulkan sebarang masalah. Asalkan anda tidak mandi menggunakan air panas selama lebih 10 minit, kata Dr Jaber.  

Sumber : Agensi berita/AQ/
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan