Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Malaysia antara destinasi pilihan untuk rawatan IVF

Malaysia kini menjadi antara destinasi pilihan bagi pasangan dari negara luar untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan persenyawaan in vitro (IVF), kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia antara destinasi pilihan untuk rawatan IVF

(Gambar hiasan: Luma Pimental/Unsplash)

Diterbitkan : 07 Apr 2019 10:37PM Dikemas Kini : 07 Apr 2019 10:39PM

ALOR SETAR: Malaysia kini menjadi antara destinasi pilihan bagi pasangan dari negara luar untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan persenyawaan in vitro (IVF), kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Dzulkefly berkata demikian kerana kadar kejayaan kelahiran bayi menerusi IVF lebih 30 peratus di negara itu, sekali gus dianggap sebagai kadar kejayaan yang sangat baik bagi bidang itu.

"Kalau kita ukur dengan prestasi di seluruh dunia, kita berada dalam kalangan sangat membanggakan dan kejayaan (kelahiran melalui IVF) menunjukkan pencapaian yang tinggi.

"Dalam teknologi IVF ini banyak kekangan dan parameternya, jadi bagi 30 peratus, itu adalah sangat baik, diiktiraf setara (dengan perkembangan IVF di lain-lain negara)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Unit Perubatan Reproduktif dan Tabung Uji di Hospital Sultanah Bahiyah hari ini (7 Apr).

Menurut beliau, terdapat 52 pusat Perkhidmatan Reproduktif dan Tabung Uji dalam sektor swasta dan empat di hospital-hospital kerajaan yang memberi perkhidmatan berasaskan zon iaitu Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas di Sabah dan Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu.

“Dijangkakan dalam masa terdekat ini, satu lagi pusat IVF bawah kementerian akan beroperasi di Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh, Perak,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan