Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Makin tua makin sukar tidur? Ia mungkin ada kaitan dengan penurunan fungsi kognitif dan demensia

Anda yang sukar tidur mungkin berdepan risiko lebih tinggi mengalami masalah gangguan kognitif atau demensia berbanding mereka yang dapat tidur lenyak, menurut satu kajian.

Anggaran Waktu Membaca:
Makin tua makin sukar tidur? Ia mungkin ada kaitan dengan penurunan fungsi kognitif dan demensia

(Gambar fail: Pixabay/Wokandapix)

Diterbitkan : 25 Jan 2020 08:40PM Dikemas Kini : 25 Jan 2020 08:51PM

QINGDAO, SHANDONG: Anda yang sukar tidur mungkin berdepan risiko lebih tinggi mengalami masalah gangguan kognitif atau demensia berbanding mereka yang dapat tidur lenyak, menurut satu kajian.

Para pengkaji meneliti data daripada 51 kajian sebelum ini yang mengikuti golongan pertengahan usia dan lanjut usia di Utara Amerika, Eropah dan Timur Asia. Mereka melakukan demikian selama beberapa tahun untuk menyelidik sama ada isu berkaitan tidur ada hubungan dengan kesihatan kognitif.

Menurut kajian itu, kemungkinan mereka yang mengalami insomnia berdepan dengan masalah kognitif adalah 27 peratus lebih tinggi.

Selain itu, mereka yang tidak cukup tidur, atau mendapat masa rehat bermutu yang memadai, 25 peratus lebih kemungkinan menghidap demensia.

"Kajian ini membanyakan bahawa pengurusan tidur mungkin berfungsi sebagai cara mencegah demensia," menurut ketua kajian Dr Wei Xu dari Universiti Qingdao di China.

Meskipun kajian itu tidak direka untuk menentukan sama ada atau bagaimana masalah tidur secara langsung menyebabkan penurunan fungsi kognitif atau demensia, Encik Xu berkata dapatannya memberikan beberapa penjelasan.

Masalah tidur kata beliau mungkin boleh menyebabkan masalah pada fungsi kognitif akibat keradangan tisu pada sistem saraf pusat termasuk otak dan saraf tunjang, menurut Xu.

Selain itu, kesukaran tidur mungkin boleh menyebabkan masalah kognitif dengan mengakibatkan atau menyebabkan keadaan 'cerebral hypoxia' atau bekalan oksigen ke bahagian otak berkurangan, tambah Encik Xu.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan