Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

MakBesar buka kedai sementara di Terminal 3; himpunkan beraneka peruncit bawah satu bumbung

Jika anda mengunjungi Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, anda akan melihat satu kedai baru yang tentu sekali tidak asing bagi masyarakat Melayu. 

Anggaran Waktu Membaca:
MakBesar buka kedai sementara di Terminal 3; himpunkan beraneka peruncit bawah satu bumbung

Kedai sementara MakBesar di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dibuka kepada umum sehingga 21 Nov 2021. (Gambar-gambar: CAG)

SINGAPURA: Jika anda mengunjungi Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, anda akan melihat satu kedai baru yang tentu sekali tidak asing bagi masyarakat Melayu.

Syarikat acara tempatan yang terkenal, MakBesar, membuka sebuah kedai di Besmen 2 Terminal 3 sekali gus menambahkan lagi pilihan membeli-belah buat para pelanggan ke sana.

Kedai sementara itu kini dibuka kepada orang ramai sehingga 21 November dengan menampilkan beraneka gerai peruncit yang menjual pakaian, beg, aksesori dan kudapan serta pastri halal.

Konsepnya agak berbeza sedikit kerana gerai-gerai yang berjualan di MakBesar akan bertukar-tukar setiap minggu, lantas memberikan pengalaman membeli-belah yang segar kepada pelanggan sekalipun mereka sudah ke sana sebelumnya.

Antara jenama-jenama tempatan yang mengambil bahagian adalah:

Bvked.Co (18 Okt - 7 Nov)

(Gambar: CAG)

Nara Dsign (sehingga 7 Nov)

Yours Cottonly (sehingga 17 Okt)

(Gambar: CAG)

Bakes by Diyana Hamdi (1 - 14 Nov)

(Gambar: CAG)

Eensy Weensy (sehingga 31 Oct; 15 - 21 Nov)

(Gambar: CAG)

DYXY Cosmetics (sehingga 21 Nov)

(Gambar: CAG)

Terminal 1 dan 3 Lapangan Terbang Changi dibuka semula kepada umum pada 1 September lalu setelah ditutup lebih tiga bulan kepada golongan bukan pelawat. Ini menyusuli penularan COVID-19 yang dikesan di kedua-dua terminal itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan