Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Makan papadom bahayakan kesihatan? Benarkah?

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan menetapkan kadar garam dalam papadom agar pengambilan perasa itu dapat dikawal.

Anggaran Waktu Membaca:
Makan papadom bahayakan kesihatan? Benarkah?

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris menunjukkan beberapa jenis papadom. (Gambar: Sinar Harian)

Diterbitkan : 09 Oct 2018 03:13PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 03:18PM

GEORGE TOWN: Penggemar kerepek rangup yang dikenali sebagai papadom dinasihatkan agar mengurangkan pengambilannya kerana kandungan garam yang tinggi.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata dalam ujian makmal yang dijalankan ke atas 11 sampel papadom, kesemuanya mengandungi lebih 1,000mg/100 gram garam.

Menurutnya seperti ditukil Astro Awani, empat daripada sampel tersebut mengandungi lebih 2,000mg/200 gram garam.

"Pengambilan papadom yang banyak dalam makanan akan menyebabkan kandungan garam dalam badan tinggi. Ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.

"Sekeping papadom mengandungi 260 mg garam. Bayangkan jika satu hidangan, anda mengambil lima keping papadom, maknanya kandungan garam yang diambil adalah 1,300mg," katanya kepada Astro Awani.

Jelasnya, walaupun papadom boleh dianggap tidak memudaratkan, pengambilan berlebihan akan menyebabkan sembelit dan perut berangin.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan menetapkan kadar garam dalam papadom agar pengambilan perasa itu dapat dikawal.

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan