Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Makan kacang pistachio mungkin bantu tingkatkan daya ingatan

Snek seperti kekacang mengandungi lemak sihat yang baik untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Anggaran Waktu Membaca:
Makan kacang pistachio mungkin bantu tingkatkan daya ingatan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Apr 2019 03:01PM Dikemas Kini : 16 Apr 2019 03:04PM

JAKARTA: Snek seperti kekacang mengandungi lemak sihat yang baik untuk meningkatkan kesihatan jantung. Oleh itu, ia bagus dimakan setiap hari.

Antara jenis kacang yang lazat dan memberi manfaat kepada kesihatan adalah pistachio. Berikut adalah antara manfaat makan kacang pistachio:

1. Baik untuk mata 

Kacang pistachio memiliki kandungan yang tinggi dalan zat antioksidan seperti zeaxanthin dan lutein. Kandungan ini dapat menghilangkan semua zat beracun dalam tubuh, termasuk zat buruk yang akan menjejas kesihatan mata. Dengan makan kacang pistachio secara rutin juga dapat mencegah penyakit katarak yang menjadi penyebab utama seseorang menjadi buta.

2. Meningkatkan Fungsi Otak

Kacang pistachio kaya dengan vitamin B6, iaitu zat penting yang mampu meningkatkan fungsi otak. Ini kerana, vitamin B6 mampu meningkatkan saluran darah ke otak, menajamkan daya ingatan, serta meningkatkan tumpuan.

3. Mengurangkan Kolesterol

Kandungan lemak sihat yang tinggi pada pistachio dapat mengurangkan kadar kolesterol tidak baik dalam tubuh serta mencegah risiko serangan jantung dan angin ahmar. Kacang pistachio juga boleh mencegah pertumbuhan plak di pembuluh darah sehingga berkesan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.

4. Bantu kekal awet muda

Kacang pistachio membantu melawan atau memperlahankan proses penuaan. Hal ini boleh berlaku disebabkan oleh kandungan antioksidan yang ada di dalamnya yang mampu menghapuskan kesan buruk radikal bebas dalam tubuh.

5. Memberi tenaga 

Sekiranya seseorang memakan kacang, tubuh yang lesu boleh menjadi lebih bertenaga. Ini kerana, kacang boleh memberi tenaga yang boleh membuat seseorang lebih aktif. 

6. Mencegah penyakit kencing manis

Kandungan fosferus di dalam kacang pistachio dapat membantu memecah protein menjadi asid amino. Kandungan asid amino ini diperlukan untuk pengeluaran insulin sehingga dapat mencegah kencing manis.

7. Meningkatkan peredaran darah

Kandungan zat di dalam kacang pistachio dapat meningkatkan peredaran darah ke seluruh tubuh. Ini mampu mencegah kerosakan organ kerana memaksimumkan penyaluran zat-zat ke seluruh sel-sel tubuh. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan