Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Makan bertih jagung jejas pengalaman tonton wayang?

Menonton wayang di pawagam seakan tidak lengkap kalau tidak mengunyah bertih jagung atau popcorn. 

Anggaran Waktu Membaca:
Makan bertih jagung jejas pengalaman tonton wayang?

Gambar fail. (Gambar: Shutterstock)

Diterbitkan : 27 Nov 2021 11:52PM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 11:54PM

BELANDA: Menonton wayang di pawagam seakan tidak lengkap kalau tidak mengunyah bertih jagung atau popcorn.

Namun, satu kajian menunjukkan makan popcorn sebaliknya boleh merosakkan seluruh pengalaman itu.

Menurut laporan Daily Mail, para pakar dari Universiti Erasmus di Belanda mendapati sekiranya anda menikmati kudapan sambil menonton wayang, ia boleh mengganggu tumpuan otak anda kerana perhatian beralih kepada rasa makanan tersebut dan bukannya filem yang ditonton.

Penyelidiik, Dr. Anne-Kathrin Klesse dan Dr. Emily Garbinsky, berkata: "Syarikat-syarikat sengaja menggunakan makanan untuk mewujudkan pengalaman menyeronokkan bagi pelanggan".

Sebagai contoh, taman hiburan, pawagam filem dan tempat konsert semuanya menawarkan makanan sebagai 'pelengkap' untuk membangkitkan lagi keseronokan pelanggan menikmati pengalaman yang dilalui.

Walhal, kajian mendedahkan strategi tersebut sebenarnya memberi kesan sebaliknya.

Dr Klesse menambah bahawa keupayaan untuk menikmati sepenuhnya pengalaman itu adalah penting demi kebahagian dan kesejahteraan diri seseorang.

"Kajian kami menawarkan pemahaman lebih mendalam tentang faktor persekitaran yang boleh membawa kesan negatif kepada keseronokan pengguna terhadap pengalaman yang dilaluinya," ujar beliau.

Beliau menekankan pentingnya untuk mewujudkan satu persekitaran yang membolehkan pengguna terlibat secara sepenuhnya bagi memaksimumkan keseronokan yang diraih daripada sesuatu pengalaman, seperti mendengar di sebuah konsert.

Maka, godaan makanan membawa kemudaratan kerana ia mengganggu tumpuan pengguna yang pada dasarnya dijemput untuk membayangkan apakah pengalaman yang bakal dirasakan seterusnya. Lantaran itu, kehadiran makanan sebenarnya mengurangkan pelibatan serta kepuasan mereka sepanjang pengalaman yang dilalui.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan