Images
  • sinl

Mahu singki berkilat? Ini antara tip pastikan singki anda bersih

SINGAPURA: Keadaan singki yang bersih dan terjaga sudah tentu 'sedap' dipandang.

Malahan, ia bukan sahaja memaparkan ketelitian dan kepekaan pemiliknya apabila menjalankan kerja memasak di dapur, tetapi ia juga memberi perhatian kepada aspek kebersihan secara keseluruhan.

Ada sesetengah orang mempunyai tabiat yang tidak berapa bagus iaitu mencuci pinggan mangkuk tanpa membuang sisa makanan ke dalam tong sampah terlebih dahulu.

Hal ini bukan saja menyebabkan singki tersumbat, malah dihinggapi kotoran sekaligus memudahkan pembiakan bakteria.

Penjagaan kebersihan singki sebenarnya adalah perkara yang perlu dititikberatkan.

Ini kerana singki yang kotor bukan saja menjadi tempat pelbagai bakteria bersarang, malah ia mencacatkan dapur anda.

Sebenarnya, bukan sukar pun untuk mencuci singki. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah berikut:.

1) Keluarkan sisa-sisa makanan yang melekat di dalam singki.

2) Gunakan span, kain lembut dan sabun pencuci, cuci keseluruhan ruang dalam sinki anda.

3) Bilas singki dengan air biasa dan kemudian dengan air suam.

4) Ambil air yang mendidih, dan curahkan ke dalam lubang saliran sinki untuk menghilangkan bau busuk.

5) Campurkan serbuk soda bikarbonat dan jus lemon, dan tuangkannya ke keseluruhan permukaan singki anda. Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air panas.

6) Untuk membersihkan kotoran degil, taburkan soda bikarbonat pada tempat yang kotor, dan gosokkannya dengan berus gigi.

7) Lap singki dengan tuala yang kering. Selepas singki kering, taburkan sedikit tepung untuk menggilapnya. Selesaikan proses mengelap dengan tuala. Bagi sesiapa yang memang berdepan masalah singki kotor, apa lagi ayuh cuba langkah yang disenaraikan ini. 

- Agensi berita/NA/ai

Top