Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mac 'N Cheese Zinger tawaran terbaru KFC

Belum pasti mana satu yang diiidam-idamkan - pasta atau burger? Kini penggemar makanan segera boleh menikmati kedua-duanya sekali!

Anggaran Waktu Membaca:
Mac 'N Cheese Zinger tawaran terbaru KFC

(Gambar: KFC)

Diterbitkan : 12 Feb 2019 11:23PM Dikemas Kini : 12 Feb 2019 11:26PM

SINGAPURA: Belum pasti mana satu yang diiidam-idamkan - pasta atau burger?

Kini penggemar makanan segera boleh menikmati kedua-duanya sekali!

Ini selepas restoran makanan segera KFC melancarkan Mac 'N Cheese Zinger.

Jika Zinger biasa menghidangkan kepingan ayam goreng berempah dan roti burger biasa, filet ayam dalam Mac 'N Cheese Zinger pula 'diapit' dua keping patti kecil yang diperbuat daripada macaroni dan keju yang digoreng.

Satu lagi berita baik bagi penggemar keju: Mac 'N Cheese Zinger ini akan dihidangkan bersama titisan keju selain daun salada dan bakon ayam belanda (turkey bacon).

Mac 'N Cheese Zinger akan dijual bermula Selasa (13 Feb) di kesemua cawangan KFC kecuali di Taman Haiwan Singapura dan Kidzania. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan