Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

M'sia, Indonesia destinasi pelancongan paling mesra Islam

Malaysia kekal menduduki tangga pertama dalam Indeks Pelancongan Islam Global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia, Indonesia destinasi pelancongan paling mesra Islam

Buat julung-julung kalinya, Malaysia dan Indonesia kongsi tempat pertama sebagai destinasi pelancongan paling mesra Muslim. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Apr 2019 07:50AM Dikemas Kini : 27 Apr 2019 07:55AM

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal menduduki tangga pertama dalam Indeks Pelancongan Islam Global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut.

Namun buat julung-julung kalinya, ia berkongsi kedudukan itu dengan Indonesia.

Laporan GMTI 2019 itu, yang menyenaraikan 130 destinasi di peringkat global, memberikan markah 78 kepada kedua-dua negara.

Menurut MasterCard dan CrescentRating, Indonesia naik satu tangga dari tangga kedua ke tangga teratas menerusi usaha berterusan Kementerian Pelancongan negara itu untuk melabur dalam industri pelancongan dan pengembaraannya, serta membangunkan infrastruktur mesra pelancong Muslim.

Negara lain dalam kalangan 10 negara teratas adalah Turki (75 markah), Arab Saudi (72), Amiriah Arab Bersatu (UAE) (71), Qatar (68), Maghribi (67), Bahrain (66), Oman (66) dan Brunei (65).

Pada 2018, Malaysia mendapat 80.6 markah manakala Indonesia terikat dengan UAE, mencatat 72.8 markah.

Singapura kekal sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim perdana dalam kalangan destinasi bukan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun ini, diikuti oleh Thailand, United Kingdom, Jepun dan Taiwan.

Indeks itu sejajar dengan kekukuhan dan pertumbuhan destinasi pelancongan mesra Muslim dalam empat bidang strategik - iaitu akses, komunikasi, persekitaran dan perkhidmatan.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan