Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

London anjurkan Pesta Makanan Halal

Kepelbagaian makanan halal akan diraikan dalam satu acara besar-besaran di London, yang pada tahun lepas mencatat kunjungan 18,000 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
London anjurkan Pesta Makanan Halal

(Gambar: London Halal Food Festival)

Diterbitkan : 09 Aug 2018 03:32PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 03:37PM

LONDON: Kepelbagaian makanan halal akan diraikan dalam satu acara besar-besaran di London, yang pada tahun lepas mencatat kunjungan 18,000 orang.

Pesta Makanan London bakal berlangsung hujung minggu ini pada 11 dan 12 Ogos di Tobacco Dock, di kawasan timur London.

Laman Metro.co.uk melaporkan juadah daripada serata dunia boleh dijangkakan di pesta itu, termasuk ayam masak cara Szechuan, daging ala Caribbean dan kerepek masala ala India.

Malah pengunjung boleh melengkapkan makanan mereka dengan minuman menarik seperti nojito - versi minuman 'mojito' tanpa alkohol.

Bagi mereka yang mungkin tidak biasa 'makan besar', terdapat pelbagai lagi kegiatan menarik yang boleh dinikmati, seperti menonton persembahan, mendapatkan khidmat lukisan inai atau membeli-belah tudung.

Malah bukan itu saja. Selain pelbagai hidangan daripada lebih 100 gerai, Metro.co.uk melaporkan ada pertandingan makanan yang boleh disertai di acara tersebut.

Pengasas Pesta Makanan Halal London, Waleed Jahangir memberitahu Metro.co.uk bahawa beliau mahu acara itu menjadi wadah menyatukan warga pelbagai kumpulan etnik dengan makanan sebagai penghubung.

"Saya mengasaskan pesta ini dengan harapan ia dapat menyatukan masyarakat dari pelbagai budaya, dengan makanan sebagai wadahnya," katanya. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan