Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelangit mulut rasa terbakar kerana makanan panas? Ini 5 cara untuk redakannya

Dalam keadaan tergesa-gesa untuk menjamu selera, kadang kala kita lupa untuk menunggu makanan atau minuman sampai jadi sejuk sedikit.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelangit mulut rasa terbakar kerana makanan panas? Ini 5 cara untuk redakannya

Ilustrasi mulut. (Gambar: Shutterstock/Robert Kneschke)

Diterbitkan : 04 Feb 2021 06:36PM Dikemas Kini : 04 Feb 2021 06:49PM

INDONESIA: Dalam keadaan tergesa-gesa untuk menjamu selera, kadang kala kita lupa untuk menunggu makanan atau minuman sampai jadi sejuk sedikit.

Akibatnya, lidah atau bahagian lelangit mulut terasa panas seperti ada sensasi terbakar.

Buat beberapa hari, anda mungkin mengalami rasa tidak selesa semasa makan dan minum.

Dalam keadaan serius, anda juga mungkin sukar untuk berbual.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi rasa terbakar di lelangit mulut yang dikongsi oleh laman Merdeka.com:

1. MINUM AIR SEJUK

Segera minum air sejuk selama 10 minit jika mendapati lelangit mulut rasa terbakar.

Air sejuk bukan sahaja membantu meredakan sensaki terbakar dalam mulut tetapi juga mencegah kerosakan pada lapisan bahagian dalam mulut.

2. MADU

(Gambar: 2018 Merdeka.com/Pixabay)

(Gambar: 2018 Merdeka.com/Pixabay)

Madu memiliki sifat antimikrob.

Ia memperlahankan pertumbuhan mikroorganisme berbahaya, mencegah jangkitan dan membantu proses penyembuhan luka.

3. SUSU ATAU YOGHURT

Untuk mengurangkan rasa tidak selesa di mulut, anda boleh minum susu sejuk atau yoghurt. Kedua-duanya dapat memberi lapisan pada kulit yang terbakar bagi mencegah iritasi dan rasa gatal.

Selain itu, ia juga dapat mengatasi luka dan amat berguna dalam proses penyembuhan.

4. PUDINA

Daun pudina mengandungi methanol yang dapat mengurangkan rasa terbakar di dalam mulut.

Tanaman ini juga penuh dengan kandungan antibakteria dan juga dapat mengurangkan jangkitan.

Anda boleh menyapu ubat gigi dengan kandungan pudina pada lelangit mulut atau makan gula-gula berperisa pudina untuk atasi sensasi mulut terbakar.

5. MINYAK VITAMIN E

(Gambar: iStock)

(Gambar: iStock)

Vitamin E boleh membantu meredakan rasa terbakar di mulut dan memulihkannya.

Anda hanya perlu menyapu minyak ini pada bahagian mulut yang terasa terbakar.

Rasa terbakar pada lelangit mulut ini selalunya akan pulih setelah satu minggu. Namun, jika ia tidak pulih setelah 10 hari, sebaiknya anda segera berjumpa dengan doktor. 

Sumber : Agensi berita/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan