Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelaki Perancis ini tidak gentar tinggal serumah dengan 400 reptilia termasuk ular bisa, buaya

Ramai yang mungkin rasa gerun atau takut dengan haiwan reptilia. Namun seorang lelaki rakyat Perancis ini bukan sahaja memelihara haiwan berkenaan, malah beliau juga berani tinggal serumah dengan haiwan-haiwan tersebut!

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Perancis ini tidak gentar tinggal serumah dengan 400 reptilia termasuk ular bisa, buaya

Seekor buaya sepanjang 2 meter ialah antara 400 teman reptilia Philippe Gillet yang tinggal serumah dengannya. (Gambar: @reuters/Instagram)

Diterbitkan : 24 Sep 2018 04:42PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 04:53PM

COUERON: Ramai yang mungkin rasa gerun atau takut dengan haiwan reptilia. Namun seorang lelaki rakyat Perancis ini bukan sahaja memelihara haiwan berkenaan, malah beliau juga berani tinggal serumah dengan haiwan-haiwan tersebut!

Philippe Gillet, 67 tahun, memelihara lebih 400 haiwan termasuk ular derik, tarantula dan cicak sejak 20 tahun lalu di rumahnya yang terletak berhampiran bandar Nantes di bahagian barat Perancis.

Pencinta haiwan reptilia itu juga mengongsi tempat tinggalnya dengan seekor ular sendok, seekor kura-kura seberat 50 kilogram dan dua ekor buaya sepanjang dua meter!

(Gambar: Stephane Mahe/Reuters)

"Saya rasa tidak adil untuk kita menganggap reptilia itu sebagai haiwan saja semata-mata kerana kita tidak memahaminya," kata Encik Gillet kepada Reuters ketika ‘menyuapkan’ ayam kepada dua ekor buaya kesayangannya.

(Gambar: Stephane Mahe/Reuters)

"Kita tidak memahami reptilia, kita benci reptilia, kita bertanggapan bahawa ia berbahaya. Namun setelah kita mengenali reptilia ini, kita boleh, misalnya, memanggil dan mengajak reptilia ini memakan sesuatu."

(Gambar: Stephane Mahe/Reuters)

Encik Gillet berkata beliau memiliki semua permit yang diperlukan untuk memelihara dan membawa haiwan-haiwan ke pameran-pameran bergerak yang dianjurkannya bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap reptilia.

Beliau menekankan bahawa para penduduk tempatan bersikap terbuka kepada jiran mereka. Mereka juga tidak takut untuk mengunjungi rumah Encik Gillet, sekiranya ular-ular paling berbahaya disimpan di dalam sebuah bilik yang ditutup menggunakan dua pintu.

(Gambar: Stephane Mahe/Reuters)

Jabatan bomba tempatan bagaimanapun lebih berwaspada. Mereka diberi arahan supaya jangan memasuki rumah beliau, meskipun berlaku kecemasan. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan