Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelaki ini tidak sedar tertelan Airpod semasa tidur

Mungkin anda antara mereka yang gemar mendengar muzik untuk melenakan diri sebelum tidur.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ini tidak sedar tertelan Airpod semasa tidur

Apple AirPods. (Gambar fail: Beck Diefenbach/REUTERS)

Diterbitkan : 07 Feb 2021 04:13PM Dikemas Kini : 07 Feb 2021 04:16PM

AMERIKA SYARIKAT: Mungkin anda antara mereka yang gemar mendengar muzik untuk melenakan diri sebelum tidur.

Lebih-lebih lagi sekarang kerana sudah ada fon telinga tanpa wayar yang dipanggil 'ear buds'. Tidak perlu rimas wayar terbelit-belit.

Meskipun fon telinga tanpa wayar selesa digunakan semasa berbaring, anda tetap perlu berhati-hati.

Jika tidak, anda mungkin senasib dengan seorang lelaki ini yang berasal dari Massachusetts, Amerika Syarikat.

Pada satu malam, Brad Gauthier memakai fon telinga tanpa wayar, Apple Airpods, untuk mendengar muzik sebelum tidur, lapor laman New York Post.

Apabila beliau bangun tidur pada keesokan paginya, salah satu fon telinga itu sudah tiada.

Namun, Gauthier bingung dan tidak tahu ke mana hilangnya Airpod beliau itu. Malah Gauthier masih boleh menyodok salji daripada laluan masuk ke rumahnya tanpa mengesyaki apa-apa.

Apabila beliau masuk ke dalam rumah untuk minum air, air itu tidak dapat ditelannya.

Anak Gauthier kemudian mengatakan beliau mungkin tertelan fon telinga tersebut.

"Pada waktu itu, anak lelaki dan isteri saya cuma bergurau tetapi ia memang kebetulan saya kehilangan fon telinga dan saya tahu saya memakainya semasa tidur dan saya berasa seperti ada sesuatu yang tersendat pada bahagian tengah dada saya," Encik Gauthier memberitahu stesen televisyen 22 News, seperti yang dipetik oleh New York Post.

Imbasan X-Ray kemudian dijalankan di sebuah bilik kecemasan tempatan dan diperolehi oleh laman WWLP.com. Ia menunjukkan Airpod tersekat pada bahagian kerongkong Encik Gauthier.

Para doktor menggunakan tiub panjang dan halus untuk menarik keluar Airpod, sepanjang dua inci, menurut laporan New York Post lagi.

"Menurut doktor jarang sekali seseorang tidak mengalami kesakitan jika ada sesuatu yang tersekat pada kerongkong," Gauthier memberitahu WWLP.com.

"Tidak pernah terlintas (tertidur semasa memakai fon telinga) boleh membahayakan keselamatan. Saya bertuah kerana selamat." 

Sumber : AP/Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan