Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelaki ini hadiahkan jambak bunga daripada wang kertas bernilai S$1,000 kepada isteri

Hati siapa yang tidak berbunga jika menerima jambakan kertas ini?

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ini hadiahkan jambak bunga daripada wang kertas bernilai S$1,000 kepada isteri

(Gambar-gambar: J's Money Bouquet/Facebook)

SINGAPURA: Hati siapa yang tidak berbunga jika menerima jambakan kertas ini?

Bukan sembarangan kertas tetapi wang ringgit yang digulung rapi dan disusun cantik persis sejambak bunga untuk menambat hati orang tersayang.

Menurut catatan Facebook J's Money Bouquet, jambak 'bunga' itu sebenarnya adalah hadiah ulang tahun perkahwinan yang ditempah daripada seorang lelaki untuk diberikan kepada isterinya.

Jambak itu diperbuat daripada wang kertas bernilai S$1,000 secara keseluruhannya - lima keping wang kertas S$10, sembilan keping S$50 dan lima keping S$100.

Sebaik sahaja susunan bunga kertas itu dimuatnaikkan ke laman Facebook kedai bunga berkenaan, ia menerima banyak tanda suka dengan sesetengah pengguna memberi bayangan kepada pasangan masing-masing bahawa mereka juga teringin menerima kejutan manis seumpama itu.

Berdasarkan catatan-catatan terdahulu kedai bunga tersebut, ia bahkan juga menggubah bunga wang tunai tanpa mengira nilai. Sebelum ini, ia pernah menyiapkan sejambak bunga dengan menggunakan wang kertas bernilai serendah S$17 ke S$50 hinggalah S$200 dan baru-baru ini pula S$1,000.

Maka tidak hairanlah jika jambak 'bunga' seperti ini akan menjadi trend dan mendapat permintaan meningkat. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan