Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelaki dinasihati jalani pemeriksaan buah dada

Golongan lelaki dinasihati supaya menjalani pemeriksaan barah buah dada sekiranya ada perubahan pada bahagian itu terutamanya dalam bentuk ketulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dinasihati jalani pemeriksaan buah dada

Majlis Bulan Kesedaran Barah Payudara di Mydin Sungai Petani hari ini. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 20 Oct 2018 06:51PM Dikemas Kini : 21 Oct 2018 12:55PM

SUNGAI PETANI: Golongan lelaki dinasihati supaya menjalani pemeriksaan barah buah dada sekiranya ada perubahan pada bahagian itu terutamanya dalam bentuk ketulan.

Mengongsi tentang pengalamannya, Ketua Jabatan Bedah Hospital Sultan Abdul Halim Shah Dr Rashide Yaacob berkata beliau sendiri pernah merawat empat lelaki yang menghidap penyakit itu dengan yang terbaru pada tahun lepas melibatkan warga emas berusia lingkungan 70-an tahun.

“Daripada empat yang saya pernah rawat ini, hanya seorang meninggal dunia sebab menolak untuk menjalani rawatan lanjut dan membuat pembedahan,” katanya.

Dr Rashide mengulas demikian semasa ditemui para wartawan dalam perasmian Pink Oktober Bulan Kesedaran Barah Payu Dara hari ini (20 Okt).

Mengenai kes serupa dalam kalangan pesakit wanita pula , Dr Rashide berkata tahap kesedaran dalam kalangan kaum itu semakin meningkat dengan ramai yang menjalani pemeriksaan awal.

"Untuk wanita umur bawah 35 tahun sahaja, statistik di HSAH mencatatkan seramai 24 pesakit kanser payu dara pada 2016, kemudian (turun kepada) 23 orang pada tahun lalu, manakala setakat September tahun ini menunjukkan seramai 27 orang dikesan mendapat barah payu dara," katanya.

Beliau berkata jika barah itu dikesan dari awal, peluang bertahan hidup adalah tinggi.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan