Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelaki 64 tahun mahu genggam ijazah tapi disifatkan "membazir masa"

Seorang rakyat Arab Saudi berusia 64 tahun memutuskan untuk kembali ke bangku sekolah dengan satu matlamat - menggenggam segulung ijazah.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 64 tahun mahu genggam ijazah tapi disifatkan "membazir masa"

Gambar hiasan sekolah. (Gambar: RICARDO ARDUENGO / AFP)

Diterbitkan : 12 Jan 2018 01:09AM Dikemas Kini : 16 Jan 2018 10:02PM

ARAB SAUDI: Seorang rakyat Arab Saudi berusia 64 tahun memutuskan untuk kembali ke bangku sekolah dengan satu matlamat - menggenggam segulung ijazah.

Abdul Salam Al Abdullah berkata beliau bersara dari syarikat gergasi minyak Saudi, Aramco, empat tahun lalu dan sekarang mahu kembali belajar demi meraih ijazah dalam jurusan media, lapor laman albawaba.

Setelah menduduki ujian penilaian, Abdul Salam ditempatkan dalam menengah tiga, sama dengan salah seorang anak perempuannya.

"Ini adalah peluang baik kerana saya dan anak saya boleh belajar bersama," kata beliau semasa diwawancara oleh TV Al Ain, saluran Kementerian Pendidikan Saudi.

"Saya selalu meminta bantuan anak saya apabila berdepan sesuatu yang agak sukar untuk difahami," tambah beliau.

Sementara sebahagian warga siber menyokong keputusannya dan memuji keberaniannya untuk kembali bersekolah demi mencapai cita-cita dalam bidang media, kebanyakan yang lain menyifatkan beliau sebagai membuang masa dan tenaga, lapor albawaba.

"Ia bagus dan beliau layak dihormati," menurut seorang warga siber.

"Namun, beliau juga seharusnya memberikan peluang kepada orang muda untuk mencari kerja dan meraih sumber pendapatan memandangkan beliau sudahpun menerima duit pencen daripada Aramco," menurut warga siber itu lagi.

Seorang lagi warga siber berkata Abdul Salman sepatutnya menghabiskan masa memperdalam pengetahuan agama, lapor albawaba.

"Beliau akan lebih dihormati jika beliau memperluas pengetahuannya tentang agama dan menghabiskan masa berkhidmat kepada orang lain dari seri segi agama," katanya.

"Meskipun beliau menerima ijazah universiti dan mendapat pekerja dalam sektor media, tiada pembaharuan yang boleh beliau sumbangkan."

Begitulah mungkin antara cabaran menuntut ilmu bagi sebahagian orang di Arab Saudi.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan