Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lebih 380 pemancing S'pura, M'sia berlaga joran di Pantai Changi

Sekitar 380 pemancing berkumpul di Pantai Changi siang tadi (1 Sep) untuk Pertandingan Memancing Piala Gary.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar 380 pemancing berkumpul di Pantai Changi siang tadi (1 Sep) untuk Pertandingan Memancing Piala Gary.

Jumlah peserta itu adalah tertinggi sejak pertandingan tahunan anjuran bersama Persekutuan Sukan Memancing Singapura dimulakan pada 2013.

Malah, semakin ramai pemancing dari negara jiran Malaysia juga turut serta.

Ramai di antara para pemancing menunggu berjam-jam lamanya sebelum mendapat tangkapan pertama.

Ikan buntal seberat 6.26 kilogram membawa tuah kepada Encik Jon Goh, yang dinobatkan sebagai pemenang. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai $4,000.

Lebih daripada satu pertandingan, acara tersebut juga menjadi wadah yang menyatukan masyarakat pemancing di sini.

Jelas, keseronokannya membuat ramai tertarik sehingga jumlah pesertanya meningkat saban tahun.

"Memancing ini, bukan semua orang yang akan suka tetapi ia satu hobi sihat. Mesej kami untuk masyarakat rmula memancing dan berseronok dengan keluarga dan kawan-kawan," kata Cik Nurshafika Salleh, Pengarah Fika's Management selaku penganjur acara.

Pertandingan tersebut turut menarik penyertaan 32 warga Malaysia, angka tertinggi yang dicatatkan sepanjang pertandingan itu diadakan, untuk memancing di perairan Singapura.

"Kita satu rumpun. Kita negara berjiran. Kita juga di Malaysia mempunyai beberapa acara memancing dan selama ini, kita mendapat sokongan rakan-rakan pemancing daripada Singapura," ujar Encik Zali Kasran, seorang warga Malaysia, yang juga rakan kerja kepada penganjur pertandingan tersebut.

"Pada saya, ini lebih kepada mengeratkan silaturahmi dalam kalangan pemancing khususnya dari dua negara," katanya lanjut.

Pemancing seperti Cik Syafiqah Mohd Daud pula menyerlah dalam kalangan majoriti peserta lelaki. Beliau pernah menjuarai kategori wanita pada tahun 2015, menangkap ikan pari seberat 1.15 kilogram.

"Memancing ini bukan untuk hobi lelaki sahaja. Wanita-wanita lain juga boleh sertai sebab ia bukan jenis yang lasak dan memancing juga menenangkan. Tahun depan InsyaAllah kalau ada pertandingan ini lagi, saya benar-benar berharap wanita-wanita lain akan ikut serta," terang Cik Syafiqah.

Walaupun kebanyakan pemancing tidak membawa pulang hadiah, peluang berkumpul dengan para pemancing dari dalam dan luar negara menjadi satu pengalaman menyeronokkan untuk semua. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan