Lebih 300 tong sisa elektrik dan elektronik disediakan merata S'pura mulai Julai ini
Lebih 300 tong kitar semula untuk sisa elektrik dan elektronik akan disediakan tempat-tempat awam merata negara mulai 1 Julai, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
SINGAPURA: Lebih 300 tong kitar semula untuk sisa elektrik dan elektronik akan disediakan tempat-tempat awam merata negara mulai 1 Julai, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Ia merupakan sebahagian daripada skim Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (EPR) yang dilancarkan pada Jumaat (4 Jun).
Orang ramai boleh mengumpul mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menebus baucar beli-belah apabila mereka mengitar semula sisa elektrik dan elektronik di tong-tong tersebut.
Pada masa ini, ia disediakan di empat lokasi iaitu cawangan-cawangan terpilih Dairy Farm Group dan Harvey Norman.
Sisa elektronik yang diterima untuk dikitar semula termasuk mesin cetak, komputer, komputer riba, telefon bimbit, tablet, peralatan rangkaian komputer, kotak peranti, monitor, lampu dan bateri mudah alih.
"Di bawah Akta Kemampanan Sumber, para peruncit yang mengendalikan cawangan dengan ruang lantai 300 meter persegi atau lebih dikehendaki menyediakan khidmat pengumpulan sisa dalam kedai untuk produk elektrik dan elektronik pengguna yang dijual," menurut NEA.
Perkhidmatan itu boleh disediakan di kaunter atau dengan menyediakan tong-tong kitar semula.
"Para peruncit itu akan juga menawarkan perkhidmatan mengambil balik produk serupa yang telah mencapai akhir hayat yang dibuang secara percuma kepada pelanggan mereka.
"Produk yang dibuang itu harus diambil apabila menghantar produk baru, tidak kira jenama dan dari mana produk itu dibeli," tambah agensi tersebut.
Lebih banyak tong-tong kitar semula akan diletakkan di lagi lima lokasi menjelang 14 Jun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.