Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lazada adakan festival jualan mega sehari pada 12 Jul

Laman e-dagang Lazada menjangkakan peningkatan trafik semasa festival mega pertengahan tahun yang bakal julung-julung kali diadakan pada 12 Julai ini bagi keseluruh enam pasaran di Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
Lazada adakan festival jualan mega sehari pada 12 Jul

Petikan gambar laman web Lazada.

Diterbitkan : 05 Jul 2019 09:28PM Dikemas Kini : 05 Jul 2019 09:29PM

KUALA LUMPUR: Laman e-dagang Lazada menjangkakan peningkatan trafik semasa festival mega pertengahan tahun yang bakal julung-julung kali diadakan pada 12 Julai ini bagi keseluruh enam pasaran di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia Diana Boo berkata pihaknya akan menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus semasa jualan selama 24 jam itu di samping memberi penghantaran percuma dan baucar.

Menurut beliau, Lazada juga memperkenalkan ciri baru seperti ‘Chup Dulu’ sejak 29 Jun lalu yang membolehkan para pembeli menempah produk mereka sebelum festival jualan mega tersebut bermula.

Antara ciri lain termasuk ‘Lower Price Guarantee’ yakni Lazada akan membayar dua kali ganda perbezaan harga kepada pihak pembeli yang dapat mengenal pasti produk sama, dalam stok, dan tanpa promosi yang dijual pada harga lebih rendah di kedai online atau platform e-dagang lain.

“Kami berharap dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli menerusi platform kami. Apabila mengadakan jualan, trafik kami akan melonjak dan jualan kami mencatatkan prestasi baik,” ujar Cik Diana.

Lazada juga menawarkan ganjaran menarik bagi permainan menerusi penstriman langsung, ‘GUESS IT’, mulai 1 hingga 12 Julai ini.

Ia juga mengadakan ‘Big Baby Fair’ tahunan mulai 12 hingga 16 Julai dengan menawarkan potongan harga sehingga 80 peratus.

Sementara itu, dalam kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia Leo Chow berkata festival pertengahan tahun tersebut akan menghimpunkan barang-barangan serta produk-produk terbaik daripada Lazada untuk ditawarkan kepada para pembeli bahkan juga para penjual memandangkan ia diadakan semasa musim beli-belah yang tidak sibuk.

“Ini memberi lebih banyak peluang kepada kami untuk memberi keterujaan berterusan kepada pembeli dan menyediakan lebih banyak peluang kepada penjual kami untuk meningkatkan prestasi mereka,” katanya.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan