Images
  • Sesame Street 1
    (Gambar: Instagram/@sesamestreetrun)

Larian Sesame Street pertama di S'pura sempena ulang tahun ke-50

SINGAPURA: Rancangan televisyen Sesame Street cukup sinonim dengan zaman kanak-kanak bagi kebanyakan rakyat Singapura.

Rancangan berbentuk pendidikan itu juga adalah 'guru pertama' mereka semasa membesar menonton rancangan itu.

Pertama kali disiarkan pada 1969, rancangan kanak-kanak kegemaran ramai itu sudah menghiburkan lebih tiga generasi kanak-kanak.

Sempena ulang tahunnya yang ke-50, Sesame Street akan mengadakan acara larian yang pertama di Asia Tenggara khususnya di Filipina, Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Acara larian sejauh 5 kilometer itu sesuai untuk semua peringkat usia.

Di garis permulaan, watak Sesame Street Count Von Count akan bersama para peserta untuk meniup kek gergasi dan mengira detik pelancaran.

Lebih manis lagi, setiap peserta juga akan menerima kemeja-T dan pingat eksklusif sempena ulang tahun ke-50 Sesame Street.


Acara larian itu akan diadakan pada 17 November di Hab Tampines Kita.

Yuran pendaftaran adalah antara S$42 hingga S$126 dan boleh dilakukan secara online menerusi laman rasmi www.sesamestreetrun.com.

Pendaftaran akan ditutup pada 15 Oktober ini.

- BERITAmediacorp/HA/ha

Top