Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

LAPORAN BERGAMBAR: 'Karnival terbesar' S'pura di Marina Bay dibuka

Setelah tertangguh selama seminggu, karnival yang disifatkan sebagai paling gah di Singapura akhirnya dibuka di Marina Bay hari ini (15 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Dec 2017 02:15PM Dikemas Kini : 15 Dec 2017 09:42PM

SINGAPURA: Setelah tertangguh selama seminggu, karnival yang disifatkan sebagai paling gah di Singapura akhirnya dibuka di Marina Bay hari ini (15 Dis).

Terletak di kawasan tanah lapang Promontory dan Bayfront, Karnival Prudential Marina Bay itu menawarkan pelbagai kegiatan untuk segenap lapisan masyarakat.

Masuk adalah percuma namun setiap permainan dikenakan bayaran antara $4 dengan $14.

PERMAINAN MENDEBARKAN

Bagi yang 'berani mati', Mach 5 mungkin untuk anda. Dengan ketinggian 55 meter, ia membawa anda berputar tunggang-langgang di udara pada kelajuan 96 kilometer di bawah lapan saat.

Das Fun Schiff. (Kapal Lanun). (Gambar: Elizabeth Khor/Mediacorp) 

Jika anda seorang yang lemah semangat, permainan itu bukan untuk anda.

Bagi yang tidak terlalu berani pula, terdapat permainan Euro Coaster dan Pirate Ship, Jungle River dan Star Flyer.

Euro Coaster. (Gambar: Elizabeth Khor/Mediacorp)

Euro Coaster. (Gambar: Elizabeth Khor/Mediacorp)

Permainan setinggi menara ini membolehkan penumpangnya menikmati permandangan 360 darjah latar langit Singapura daripada ketinggian 35 meter.

The Star Flyer di Promontory@Marina Bay. (Gambar: Elizabeth Khor/Mediacorp)

UNTUK KANAK-KANAK PUN ADA

Kanak-kanak juga akan rambang mata dengan permainan seperti Dumbo Ride, kuda pusing atau 'merry-go-round', Shark Coaster dan 'bumper car'.

Kuda Pusing atau 'merry-go-round'. (Gambar: Elizabeth Khor/Mediacorp)

MAKANAN DAN PERMAINAN

Bulan ini, lebih 25 pilihan makanan disediakan di pesta tersebut. Ini termasuk burger, koktel, pasta, minuman dan biskut.

Dengan 25 jenis permainan yang disediakan - termasuk boling, campak gegelang, pecah pinggan - peluang anda cerah untuk memenangi sekurang-kurangnya satu daripada sejuta anak patung yang ada.

(Gambar: Elizabeth Khor/Mediacorp)

(Gambar: Elizabeth Khor/Mediacorp)

Pesta Marina Bay Prudential itu dibuka setiap hari dari pukul 4.00 petang hingga 11.00 malam, sehingga 4 April 2018.

Namun sehari sebelum hari Krismas dan sehari sebelum Tahun Baru ia dibuka pada pukul 3.00 petang hingga 2.00 pagi keesokan harinya. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan