Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

La Porpo di Jalan Besar hidang ayam goreng 'terhebat di S'pura'

"Ayam goreng paling hebat di Singapura."

Anggaran Waktu Membaca:
La Porpo di Jalan Besar hidang ayam goreng 'terhebat di S'pura'

Ayam geprek bersama nasi hijau yang dihidangkan di La Porpo. (Gambar: Abundant Productions)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 08:31PM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 08:34PM

SINGAPURA: "Ayam goreng paling hebat di Singapura."

Demikian gelaran yang diberikan juri MasterChef Singapore, Encik Bjorn Shen kepada ayam goreng restoran La Porpo.

Dilancarkan dua tahun lalu, restoran Encik Haswandi Hashim dan isterinya Nur Hafizah Ahmad semakin mendapat sambutan ramai.

Menariknya, nama restoran itu diilhamkan daripada ungkapan filem Laksamana Do Re Mi pada 1972, hasil karya legenda P Ramlee yang amat diminati empunya kedai.

"Ia filem jenaka yang amat kelakar dan terdapat satu babak di mana P. Ramlee sedang duduk atas permaidani terbang sambil menyebut 'la porpo', yang bunyinya seperti bahasa Sepanyol bagi saya," jelas Encik Haswandi.

"La porpo adalah frasa yang seringkali diungkapkan antara saya dengan kawan-kawan saya semasa kami kecil. Kami semua menonton filem yang sama, jadi ia seolah-olah menghubungkan kami serta penghargaan kepada P. Ramlee. Bagi kami, ia adalah sesuatu yang mesra dan kreatif."

Ibarat kata laluan sulit yang hanya diketahui oleh beliau dan rakan-rakannya, ungkapan itu juga menggabungkan minat mereka kepada filem dan makan dan ini yang beliau harap dapat dilanjutkan kepada para pelanggannya.

Pelbagai pilihan ayam goreng di La Porpo. (Gambar: Abundant Productions)

Resipi Encik Haswandi diwarisi secara turun-temurun menerusi lisan dan digabungkan pula dengan resipi keluarga Cik Nur Hafizah sekali gus melahirkan ayam goreng "paling hebat" di Singapura.

Berasaskan resipi ayam goreng itu, mereka mampu menghasilkan pelbagai hidangan lain hanya dengan bertukar-tukar sambalnya.

Hidangan seperti nasi kerabu ala Kelantan yang paling laris dijual, ayam penyet dan ayam geprek - semuanya berasaskan resipi ayam goreng yang sama.

Menurut Encik Haswandi, resipi ayam goreng itu sebenarnya "amat mudah". Garam, lada hitam, serbuk kunyit, tepung jagung, telur dan air dicampurkan dan digaul rata untuk menghasilkan tepung sadur yang ringkas tetapi "tidak mudah dibuat".

"Sejujurnya, saya tidak menyorokkan apa-apa. Tiada rahsia. Jika kawan-kawan saya bertanya, saya kongsi. Tetapi anda perlu memasak ikhlas dari hati. Kami memasak seperti mana kami suka makan. Ibu saya, nenek saya, mereka semua berkata itulah sentuhan magisnya."

La Porpo terletak di 29/31 Jalan Besar, Singapore 208798. Ia dibuka dari 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam, Selasa hingga Ahad.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan