Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

L'Oreal akan henti guna perkataan 'pemutih' dalam produk kulit

L'Oreal, syarikat kosmetik terbesar dunia, tidak lagi akan menggunakan perkataan-perkataan merujuk kepada "putih" dan "cerah" pada produk-produk meratakan warna kulit wajah keluarannya, menurut seorang jurucakap pada Jumaat (26 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
L'Oreal akan henti guna perkataan 'pemutih' dalam produk kulit

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 27 Jun 2020 01:08AM Dikemas Kini : 27 Jun 2020 10:01AM

LONDON: L'Oreal, syarikat kosmetik terbesar dunia, tidak lagi akan menggunakan perkataan-perkataan merujuk kepada "putih" dan "cerah" pada produk-produk meratakan warna kulit wajah keluarannya, menurut seorang jurucakap pada Jumaat (26 Jun).

Langkah itu didedahkan sehari setelah syarikat Unilever membuat pengumuman serupa di tengah-tengah kritikan yang meningkat di media sosial.

Unilever dan L'Oreal adalah dua pemain besar dalam pasaran dunia bagi krim pemutih kulit yang digunakan di banyak negara-negara Asia, Afrika dan Caribbean di mana kulit cerah sering dianggap lebih menjadi idaman.

Unilever, khususnya, dikecam kerana jenamanya "Fair & Lovely" sedang perhatian dunia kini tertumpu kepada tunjuk perasaan yang tercetus setelah seorang lelaki kulit hitam, George Floyd mati semasa ditahan polis di Amerika Syarikat pada Mei.

Produk-produk L'Oreal termasuk krim pemutih kulit Garnier Skin Naturals White Complete Multi Action Fairness Cream.

Johnson & Johnson mengambil langkah lanjut dengan mengumumkan pihaknya akan berhenti menjual krim-krim pemutih kulit dijual di Asia dan Timur Tengah di bawah jenama-jenama Neutrogena dan Clean & Clear. 

Sumber : Reuters/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan